Malaysia Web Hosting

Bila Laser Jadi Isu

Aku ni takde la minat sangat dengan bola sepak. Hehehe...aku tak tahu pun kena main di Indon lepas Kalah kat gelanggang Malaysia. Nampak sangat aku tak tahu peraturan bola sepak. Bini aku plak yg lebih expert bab-bab ni.

Mengikut khabar yg aku baca, isu laser yg paling menjadi hangat. pada aku la kan, isu laser ni dah lama, dalam FIFA game pun ada tp diorg tak melayan sangat. Aku ada terbaca tentang Player yg pakai Goggles (Sport Specky) masa perlawanan bola...tapi biasa la...semua tu alasan jer. takkan nak pakai RayBan plak masa nak main bola yea tak? Macam kat bawah ni...kahkahkah


Tapi kalau kena laser coli camna plak. Aku terbaca kat akhbar Berita Harian pengakuan berani mati paling bodoh seorang artis indon yang langsung aku tak kenal. Mungkin artis porno kot. Tapi entah ek...kalau artis porno takkan bleh kuar kat berita harian yea tak?

Camni la lebih kurang kenyataan dia:


JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (Yuli Rachmawati) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.


Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.


Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.


Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.



“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.

Wakakakaka...kita tgk apa dia akan pakai malam ni.

Sumber dari: Berita Harian

Kalau yg nak tau camna rupa si Perez ni, aku letak gambar dia kat sni.


Macam bapuk jer kan? 


Lesbian ka apa?? Astaga'...


Hahahaha...Pasukan Malaysia...cuci mata takpa...janji mesti masuk itu Gol. Malaysia Boleh
read more “Bila Laser Jadi Isu”

Bila Merindui Zaman Sekolah



Ok...aku tau tajuk kali ni nak iras-iras dengan Bila Teringat Zaman Sekolah. Sama tapi tak serupa ok. Bila aku blik kampung, gi jalan2...aku terlalu kat jalan ke Sekolah, SAHC aku. Huhuhu...mmg betul2 byk kenangan manis dan pahit. Tapi itu la namanya kenangan kan. Dlu masa form 1 atau form 2 siap ber"tobatt" dalam hati tak nak jejak kat sekolah dah sebab tekanan. hahaha...pas abis SPM plak aku berikrar taknak jejak sekolah selagi tak menjadi orang yg berjaya berguna.

Sebenarnya, apa yg korang paling rindu masa zaman sekolah? Kalau nak disenaraikan mmg byk dan adakalanya yg mengarut2 tu korang rindu, ye tak?

1. Rindu pada kawan-kawan.
Sapa yang tak rindu pada kawan-kawan sekolah. Terutama teman rapat sebelah meja dari Awal tahun sapai la ke hujung tahun. Nak plak kalau 2-3 tahun berturut kelas yang sama dan duk tempat yg sama. Aku takda kawan yg benar-benar rapat (kawan Baik) tapi ramai la kawan yg sekepala.

2. Rindu Pada Cikgu-cikgu Perempuan yg Baik dengan aku
Aku paling rindu pada Cikgu Gon (Biologi & Sains). hehehe nama dia mmg Gon hokeh, Cikgu faveret aku no dua, Cikgu Azuyah (Biologi). Nampak ja garang tp tersangat lah baik. Penuh sifat keibuan. Cikgu Syarifah Nulis ni ngajar aku bahasa Inggeris dari Form 2 sampai Form 3, sangat baik dan tekun ajar aku bahasa Inggeris. Tu pasal skang aku terer tak brapa pandai lagi. Sampaikan aku sentiasa bersama kamus kecik aku. hehehe Takut kena soal. kehkehkeh...(dia kawin di umur persaraan, so dedicated to work eh?). Cikgu Rusni taib yg ngajar sejarah. Garang tp sebenarnya baik. pantang kalau tak siap keja sekolah. hehehe Maaf kalau ada yg tak disebut...aku sayang semua cikgu2 perempuan sebab semuanya baik dan sabar dgn aku. huhu...

3. Rindu Pada Cikgu-cikgu Lelaki yg Garang dengan aku.
Hahaha...rindu sebab garang? Tapi dalam ramai2 tu ada 3 ja Cikgu Lelaki yg sangat aku hormat. Pak Shariff, Pak Rushdan dan Pak Pozi. Hahaha kenangan byk tu. Kekeke..Cikgu2 yg masih aku ingat, Cikgu Syed Syuib yg ngajar BM, Ustaz Ayob dan ustaz Sulaiman ngajar pendidikan Islam, Cikgu Shanmugam ajar jasmani kot. Cikgu yg garang takdak la dalam senarai sebab aku tak ingat nama depa. Kalau diorg tak garang aku takkan jadi orang yang berjaya berguna seperti sekarang

4. Rindu pada suasana sekolah
Ahaha...dlu mmg liat jer nak gi sekolah. Dah la jauh. Mak aih, kena bgn awal lak tu. masa tu aku duk agak jauh dari sekolah, 30minit perjalanan dengan bus. Awal2 pagi dah kena bgn hokeh. Tapi setahun jer kot aku naik bus sbb pastu naik keta ngan mak aku sebab dia pun keja kat alor setar. Paling takleh lupa, bila nak beratur ke dewan Iskandar, pergh...kelam kabut tak ingat dah nak pakai lencana belah kanan atau belah kiri. Tali leher wajib dipakai..sangat lah takut pada pengawas (masa form 1 ja hokeh). Rindu berhimpit2 masa nak beratur ke kantin. Isk...kalau nak senaraikan, mmg byk jugak la. Rindu nak nyanyi lagu Alma Matter. Sampai sekarang aku ingat lagi senikata dan lirik dia. Huhuhu...

5. Rindu dengan Aktiviti KoKurikulum
Byk jugak persatuan aku masuk dlu. Sekolah premier, jadi markah merit utk persatuan dikira. Hohoho..aku tak byk masuk pun, sekadar ambil syarat ja. kadet Polis, Pancaragam, Persatuan Bulan Sabit merah...uh dan lain-lain yg aku tak brapa ingat. Aku dlu Rumah sukan DAYS. Kekeke..aku sangat sinonim dengan acara merejam lembing walaupun selalu kalah di pusingan saringan. hehehe Aku kurang berminat dengan sukan, lagipun rumah agak jauh...jd aku jarang ambil aktiviti yg memerlukan aku stayback kat sekolah sampai lewat petang.

6. Rindu dengan Kak-kak Pom 6.
Hahahaha..ini mmg takleh nak elak la disebabkan kecomelan aku, aku byk mendapat perhatian dari kak-kak Form 6. hehehe...gatai gak aku ni noh...tp nak wat cemana tu ja pilihan yg ada buat cuci mata dan penarik utk aku semangat ke Sekolah. hahahaha jangan Marah noh. Sampaikan aku jadi sangat sinonim dengan diorg. Hahaha...Pak Shariff suka duk perli...hahaha...Aduh...geli hati bila ingat-ingat balik.

7. Rindu Nak Menyetan.
Kihkihkih...aku ni takdelah nakal sangat cuma suka mencuba. Mula berperangai setan sbb nak menyesuaikan diri dengan kawan-kawan. Bila berkawan...mula la ada semangat setiakawan. Yo yo aa ja kan aku nih. Hahaha..padahal masa sek...aku la yg tolong hampa dengan kedatangan sbb aku hampir setiap tahun jd ketua tingkatan. Hehehe...kenangan tui..Ponteng sekolah pegi Monster main CounterStrike, Tak pun pi melepak kat gerai sebelah jambatan. Kihkihkih..

8. Rindu dengan program Sekolah.
Rindu sangat dengan Hari Sukan Sekolah. 6 bulan yang pertama semua orang bertungkus lumus dengan aktiviti sukan. Hari Sukan kita orang sangat la meriah. Aku paling suka kalau ada Hari Terbuka Sekolah, sebab masa tu awek2 dari sekolah perempuan seperti Sultanah bahiyah, Sultanah asma  (PRET) dan convent akan datang utk memeriahkan suasana dan mencuci mata. Uihh...tak padan dengan kecik hampa noh. Hahahha seb bek aku nie dak baik.

9. Rindu dengan Peperiksaan
Padahal masa sekolah...paling tensen dengan exam. hahahha...sampai sorokkan buku rekod peperiksaan setiap kali awal tahun. Yelah...result semua cam taik ayam ja. hahaha...mau kena sebat dengan bapak aku. hahhaa...alasan terbaik...buku ilang. lalallala....tp kan...bila teringat blik seronok plak. Seronok nak meniru...seronok nak menjawab pun -ada...sbb dlu bodoh...skrg dah pandai ye tak? kekeke...

10. Rindu nak Belajar Blik
Teringat masa belajar byk main-main. Rasa menyesal pun ada...tp mmg indah zaman sekolah. Rindu sangat nak belajar blik. Ada byk perkara yang aku nyesal buat dan tak buat. Jujur aku teringin nak sambung belajar. Sampai sekarang aku teringat pesan Cikgu Azuyah dan Pak Pozi.

Cikgu Azuyah; "Jangan kecewa kalau gagal, cuba lagi. Setiap potensi berbeza. yang Nakal tak semestinya jadi jahat, yang baik tak semestinya jadi hebat".

Cikgu Pozi: "Jgn berhenti cari ilmu. Ilmu takkan habis dipelajari. Jangan berlagak dengan ilmu yang ada."

Masa yang dah berlalu memang takleh putar blik. Semuanya tinggal kenangan. Aku betul-betul teringin nak belajar balik. Ada byk benda yang aku nyesal sbb tak ambil kesempatan yg ada. Betul2 rindu sama kawan2...rindu dengan cikgu2....rindu nak belajar blik. Andai ada yg terasa hati atau kecil hati dengan aku...aku minta maaf...aku rasa malu nak jumpa hampa semua sbb bg aku...aku blum masih menjadi orang yang berjaya. tapi aku memang rindu dengan hampa semua.
read more “Bila Merindui Zaman Sekolah”

Bila Lelaki tak suka Wanita



Ehem...sebenarnya post kali ni nak menjawab persoalan saudari Diana Nordin tentang 20 sebab Wanita Benci Lelaki. Hehehehe...cik Diana...kita suka2 jer tau dan menjawab secara profesional dan sambil bergurau2 serta berkongsi pandangan. Kalau ada Yang terasa atau terpedih...harap ampun la yea. Rasanya perkataan benci tu tak sesuai sebab terlalu bersifat provok jadi saya gantikan benci dengan tak suka. Ini pendapat saya la dan berdasarkan research.

0. Merajuk
Biasala bila perempuan merajuk, lelaki tetap akan pujuk. Tetapi kalau merajuk melampau pun lelaki tetap pujuk sbb sayang. Tapi jauh disudut hati, "Takpa2...dah kawin nanti siap hang aku putaq2 kepala hang". Sebenarnya lelaki tak suka perempuan merajuk melampau2...kalau merajuk manja2 sesekali, bru la terhibur hubungan pasangan bercinta. Api kecil memanaskan cinta, Api besar meranapkan rumah tangga.



1. Meninggikan Suara
Secara purata, tahap dB seseorang manusia tu 60db dalam jarak satu meter. Tetap secara purata bagi seorang perempuan adalah 70dB dalam jarak 1 meter iaitu bersamaan dengan tahap bunyi vacuum bila marah. hehehe Itu kelebihan suara wanita kerana mempunyai suara yang nyaring. Lelaki biasanya lebih tertarik utk memilih seorang wanita yg bercakap dengan sopan dan lemah lembut.

2. Mengongkong
Opppsss....bukan lelaki saja yang bersifat mengongkong. Kalau tidak masakan ada panggilan Queen Control? Jarang dengar King Kontrol. Yea tak? Tapi kalau mengawal utk kebaikan tak salah. Misalnya menjaga pemakaian yang tercinta. Takkan nak biar suamai/bf pakai baju singlet dengan kemeja tak pakai butang dengan suar pendek pegi MidValley? Mak Aihh...buruk kan? Itu contoh je la. Ada banyak lagi contoh lain, aku bg yg mudah paham ja.

3. Cemburu Buta ( Tanya Lelaki )
Aha...sama la pulak, bukan lelaki ja cemburu buta, perempuan lebih dahsyat cemburunya kalau didorong dengan nafsu dan hasutan syaitan. Lelaki sangat suka bila teman wanitanya cemburu kerana tahu dirinya disayangi dan dihargai. tetapi cemburu tahap gaban sangat la menyedupkan lelaki.

4. Panas Baran
Nasib baiklah aku tak bertemu dengan perempuan panas baran. Tetapi ramai jugak perempuan yang bersikap melenting bila ditegur secara baik. Susah tu, harap2 cik diana jgn melenting dengan saya plak. hehehe...Lelaki yang suka sepak terajang tu aku tak tahu la pulak. Tp lelaki lebih suka perempuan bersifat air, ibarat mencurah air pada hati lelaki yg panas.

5. Ego
Huh...ini isu sensitif yg susah nak dikupas supaya tak begitu terasa. maklum la...skrg ni ramai perempuan berpelajaran. Tp rasanya ramai yg aware tentang hal ni, jd tak perlu aku kupas kot. Satgi kepala aku lak kena kupas. wakakkakaka

6. Menipu.
Pelik kan, kalau yg buruk2 semua letak atas kepala lelaki. Lelaki ni kalau boleh nak jujur, tetapi bila jujur pasti perempuan akan keluar semua sifat2 diatas.

7. Main kayu Tiga
Sapa kata cuma lelaki main kayu tiga?

8. Suka Cuci Mata.
Secara fitrahnya, manusia mmg akan memandang pada yg cantik. Umpama perempuan melihat baju cantik, tapi tak beli pun. Sama juga lelaki, cuma memandang ja, tak ngorat pun. hehehe Teringat kata-kata seorang ustaz tak bertauliah, Kalau lelaki pandang perempuan dikatakan gatal, kalau perempuan memandang lelaki, nak dikatakan apa? hehehe...

9. Perasan.
Opppsss...ini isu sensitif. Bak kata orang isu universal. Bagaimana pula dengan perempuan yg perasan dia cantik, dia havoc, dia berkerjaya tinggi, berpelajaran tinggi??? Padahal Harapkan mekap ajer tebal. Maaf cakap yea, saya bukan nak mengutuk sesiapa, cuma nak beritahu, lelaki dna perempuan sama sahaja. MANUSIA.

10. Mementingkan Diri Sendiri
Ini Adalah akibat mementingkan diri sendiri.




11. Kurang memberi perhatian.
Oppsss...ini salah tanggapan. Sebenarnya perempuan sangat sukakan perhatian dari seorang lelaki. Kerana itu mereka menganggap lelaki kurang memberikan perhatian. Seandainya anda sudah berkahwin, dan beranak pinak, perhatian awk (perempuan) juga akan beralih arah dari suami kepada anak awk. Fikirkan lah.

12. Mata Duitan
Opppsss...ini lagi satu isu sensitif. tak semua orang macam tu. kata saudari kita ni dah mcm meletakkan semua lelaki macam tu. Adeh. Tapi kalau semua wanita yea. Bila kita berkata mereka materialistik, dengan pantas mereka menyebut mereka bersikap realistik. Bercouple bertahun-tahun, tapi bila lelaki engineer datang masuk meminang...trus tinggalkan buah hati. Kononnya pilihan ibu bapa tak boleh tolak. Well? Fikir-fikirkan la..

13. Komited dengan kerjaya.
Sebenarnya, ini sifat terpuji yang seharusnya dibanggakan bukan dibenci oleh kaum wanita. harap saudari dapat berfikir sebelum berkata kerana mata pena lebih tajam dari pisau. Pedih Wooo...



14. Pengotor???
Ini isu yang sangat sensitif. Saya tak nak cakap byk dan byk komen. Saya cuma bleh kata isu pengotor ni tak ikut jantina...lebih kpd personaliti orang tu.

Sila lah baca entry di bawah.

Zulkifli Blog
MalayForum
The Other Khairul ( Ini aku tak tau nak masuk dalam kategori apa) wakakakakaka
YouthSay Vote

15 Gelojoh
Hehehe...kalau lapar sesiapa pun gelojoh. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Jadi pendek kata bukan lelaki saja yang bersifat gelojoh. Betul?

16. Mementingkan Kawan
Oppsss...salah tanggapan ni. Kita patut menjaga hubungan sesama insan. Yes, buah hati memang penting. Tetapi hati kawan-kawan tetap kena jaga. kalau Awek tinggal Bopren, kawan-kawan la yg tolong.

17. Tidak tahu Menghargai.
Salah tu....lelaki dan perempuan sama sahaja. Blog Tuan Haji Azizan

18. Putar Belit
Err...takleh komen. bahaya...manusia ni semuanya sama sahaja lelaki dan perempuan.

19. Suka Kontrol macho
Kalau lelaki kontrol macho, perempuan kontrol ayu. Bila Perempuan dalam kesusahan...lelaki juga yang dicari utk selamatkan keadaan.

Itu Jer kot yang dapat saya komen. harap jangan marah jangan malu jangan segan utk komen. Hehehehe...salam ikhlas dari saya.
read more “Bila Lelaki tak suka Wanita”

Bila Teringat Zaman Sekolah



Lama sungguh aku tak update blog ni. Xda masa sebenarnya. Yelah, sibuk dengan kerja hakiki dan kerja sampingan. Balik rumah trus penat letih, nak bukak internet pun dah tak sempat.

Semenjak cuti sekolah start, aku dah kurang sibuk. Dah mula kembali aktif dengan facebook. Entah cemana terdetik nak cari balik kawan dan kenalan lama. Terutama kawan-kawan dari Kolej Sultan Abdul Hamid, 2001-2002. Yelah, dua tahun sekelas bersama, habis SPM putus mcm tu jugak.

Salah aku jugak kerana waktu tu aku fikir, aku dah tak mau ingat zaman sekolah lagi. Tapi aku silap, sebenarnya zaman sekolah la yang paling bernilai kenangannya. Disitu korang mula belajar menghormati orang lebih tua (guru & senior). Ada sesetengah kenangan tu masih sangat segar dlm ingatan aku. Sedangkan tempat disengat tebuan lagi dikenang....hehehe...apa lagi kenangan yang manis.

Kenakalan aku dengan pelajar Form 6. Lalalalla...hehehehe...malah dpt gelaran yang apda aku waktu itu sangat menyakitkan hati. Tapi melekat sampai la ke tempat kerja. hehehe Sampai tiada sesiapa tahu atau ingat nama sebenar aku. Antara sahabat yang baik dengan aku pada zaman sekolah, Latif (latape), Syibli, Pakya, Hafiz Sulaiman, Iddi Guardo, Ibrahim, Mael, Chapan, Chempiang, nashril. Ramai jugak kalau aku nak senaraikan. Malah aku masih ingat kelas dan kedudukan tempat duduk. Hehehehe...

Aku cuba jugak cari Alumni pelajar tapi malangnya tak jumpa. Aku pernah berikrar takkan jejak ke KSAH selagi belum menjadi orang yg berjaya. (Walaupun tak berjaya, tapi masih berguna lagi la). Terus terang aku sebenarnya masih malu nak jumpa balik kawan-kawan lama, kerana aku tahu ada antara mereka berjawatan tinggi dan sangat berjaya. Ada yg berpelajaran terlalu tinggi utk aku capai. Aku malu. Dah 8 tahun tak berjumpa, entah cemana aku nak berdepan dengan depa.


Teringat suasana sekolah


 Pintu Gerbang Kolej Sultan Abdul Hamid



Assembly hall: Aku ingat lagi lagu Kolej.



Walaupun aku bukan budak hostel, tapi aku pernah la kena laboh dlm ni. hahaha kenangan woo
Pejabat Pengetua: Masih Kukuh dan gagah



Tempat Kesukaan aku. Perpustakaan Stuart. Yuhuuu...



Aku masih ingat setiap bait lagu KSAH. Betul kata orang lama, Once a Collegian, Always a Collegian. Kami tak pergi ke sekolah, tapi kami terus pergi ke Kolej. hehhe

My Alma Mater


Picture contributed by: Tokasid
read more “Bila Teringat Zaman Sekolah”

Bila Korang Tensen.

Khas untuk mereka2 yang rasa nak buat gila and rasa tak suka dgn roomate/housemate korang. Mesti ada kan kan. Dari korang mengumpat belakang2 baeek korang buat camni. Best jugakk woo! =D

                                                              (Berani buat???)

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah boleh blah dah skrg”


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”


5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”


7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”


8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.


9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”


10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.


11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.


14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.


15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.


16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.


18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


credits: Duniaku Chumel 
read more “Bila Korang Tensen.”

Bila Suami Dah Sayang

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…



Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..


“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Menitik air mata aku menangis dalam ketawa. nak marah pun ada, terharu pun ada..Indahnya bercinta selepas berkahwin.
read more “Bila Suami Dah Sayang”

Bila Berkahwin Awal

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di mana saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
read more “Bila Berkahwin Awal”

Bila korang ada Kemahiran

Aku semakin malas nak mengupdate blog. Mungkin sbb terlalu leka dengan facebook. Ada yang kata lebih sedap update facebook kerana comment yang diterima tu segera. Comment mmg la segera kalau yg melawat tu beribu2 orang dalam masa sesaat. Berbanding dengan blog, hanya orang dengan target dan carian tertentu saja akan masuk ke blog kita secara tak sengaja.



Selepas habis PMR, aku tgk pelajar sekolah aku ni lebih byk membuang masa dan melakukan vandalisme. Walaupun cuma segelintir tp kesannya adalah kepada semua. Guru kaunselor bertungkus-lumus menyediakan program utk pelajar supaya lebih membuka minda tentang masa depan. Bg aku, diorg ni takda kesedaran diri. Semuanya di suap sampai ke dalam perut. Itu belum pelajar SPM lagi. Aku sedih tgk pelajar yg ketinggalan dan tiada kesedaran tentang tanggungjawab pada diri sendiri dan sosial. Besar nanti korang nak jadi apa? Penyangak? Penyamun? Walaupun tak menjadi org yang kaya dengan harta, korang masih boleh jd org yg kaya dgn budi pekerti dan bahasa. Jgn beri alasan, biar la jahat sekarang. Nanti dah besar tak boleh nak jahat lagi.

Bagi aku, sistem vokasional lebih baik berbanding sekarang. Sekurang-kurangnya ada kemahiran dan pengurusan disiplin yg lebih tegas di peringkat vokasional. Selepas tingkatan 3, bru kita nampak potensi mereka ni sbb pada waktu itu mereka ni bru nak mencari hala tuju. Kita cuma boleh membimbing ja. Pelajar yang bijak pandai dihantar ke asrama penuh dan pelajar yg lemah dihantar ke vokasional. Untuk jangka masa panjang kita akan dapat generasi muda berpendidikan dan juga yang berkemahiran. Soal pelajar lemah tersisih tidak timbul kerana setiap cara pengajaran berpendidikan dan berkemahiran tidak sama. Pelajar yang terlalu nakal dan jahat, hantar trus kepada tentera utk disiplin dan kerahan tenaga. Kekuatan yang digunakan utk membuli dan membuat jahat tu lebih terkawal dengan adanya disiplin. Itu pendapat peribadi aku la.

Aku teringat lagi, masa aku di KL Sentral, sorang budak kecik ja badannya bekerja di McDonald. Tergerak aku nak tanya umur dia. Mungkin kerana takut dia menjawab baru abis SPM. Aku tak puas hati dengan nada marah aku cakap nak jumpa manger dia. Trus dia bagitau dia baru berumur 15 tahun dan baru habis PMR. Nak cari duit lebih sebab nak bantu mak dia. Bayangkan budak sekecil tu berfikir untuk orang lain dan bersifat bertanggungjawab terhadap keluarga. Ya..mungkin dia susah, jd kesedaran utk membantu itu menjadi tanggungajawab bg dia suatu hari nanti. Bekerja dalam usia muda bukan saja korang dapat duit tp juga pengalaman dan kemhiran yg tak mungkin korang dapat dengan melepak depan tv.

Aku sendiri mula meminati gajet pada usia 12 tahun lagi. Mula meminati bidang komputer sejak tingkatan 1. Malah mengambil subjek IT pada tingkatan 4. Aku tahu arah tuju hidup aku akan terarah kepada bidang komputer satu hari nanti. Kemudian sambung belajar sijil dalam bidang komputer dan trus sambung diploma dalam bidang sistem rangkaian dan komputer. Aku sendiri masih merasakan aku tidak mahir dalam bidang IT. Tp aku boleh menjana wang dengan kemhiran aku. Tak percaya? Bayangkan, Format komputer saja dan mencecah Rm30-Rm50. Format netbook di kedai paling rendah Rm60. Format laptop ke windows 7 saja mencecah RM50. Itu baru satu. kalau seminggu? Sebulan? Jadi fikirkan baik-baik apa yang korang minat dan apa kebolehan serta bakat korang. Jangan sia-siakan waktu muda korang.
read more “Bila korang ada Kemahiran”

Bila Rasa Nak 'Membunuh Diri'

Opppssss...korang jgn fikir yang bukan2. Ini sebenarnya masalah yg dihadapi oleh beberapa orang kawan aku yang sangat anti dgn Israel dan Yahudi. Ape boleh buatkan, bila org dah minta tolong, kita bantu setakat yg termampu jerlah. Aku pasti semua orang dah tau Facebook ni sebenarnya direka dan dimiliki sepenuhnya oleh orang yahudi. Tapi itu sebenarnya terpulang pada kita nak guna atau tak sebab kalau korang nak tahu, Google sendiri dibina oleh bangsa Yahudi. Malah Yahoo, Ebay dan Myspace. Itu suma korang bleh baca kat bawah sni. Tapi itu sebenarnya bergantung pada cara korang guna.





Tapi yang aku nak citer kat sni sebenarnya tentang cara nak buang semua data peribadi, gambar, like, status, wall post dan comment dalam facebook. Kalau kita delete Fesbuk akaun jer, comment, wall post dan like wiggy masih ada. Cemana kita nak buang semua tu kalau terlampau byk. Korang jgn risau, ada caranya. Aku sarankan korang ke website bawah ni.

  1. Seppukoo
  2. Suicide Machine

Dengan menggunakan aplikasi yang aku bagi tadi, korang bleh buang semua data peribadi termasuk gambar, comment dan like termasuk pada page rakan-rakan korang. Cara penggunaannya pun senang sangat2...aku tak perlu nak ajar pun step by step dia. Jadi, Selamat Mencuba...

Kalau ada Masa Layan la video ni utk kesedaran korang tentang pentingnya PRIVACY dalam alam maya.


Hacking Facebook Privacy - Part from Vivek Ramachandran on Vimeo.

read more “Bila Rasa Nak 'Membunuh Diri'”

Bila lelaki dah sayang...

Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan penuh keikhlasan, terserlah perubahan sikap yang ketara. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Lelaki yang mabuk cinta sanggup melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras mana hati lelaki, pasti mengalir air mata bila hatinya dilukai yang tercinta. Janganlah mengambil kesempatan terhadap kelemahan ini.


Bila seorang lelaki bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, dialah yang harus kamu pilih untuk menjadi teman hidupmu. Kerana dia berdamping dengan kamu bukan kerana suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu...

Dia akan sentiasa cuba membuatkan hatimu senang dan terhibur. Bahkan dia turut merasa sedih dan pilu melihat kamu dalam keadaan sedih. Dia akan cuba memujuk kamu walaupun kamu merajuk dan memarahi kamu tanpa sebab. Padanya, sudah menjadi tanggungjawab baginya untuk membuatkan hati yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Itu tandanya dia sangat ikhlas mencintai kamu.

Dia akan sentiasa mengingati kamu dan sentiasa risau akan keselamatan kamu. Sentiasa bimbang akan kehilangan kamu. Sentiasa mengambil berat tentang kamu. Sentiasa berfikir untuk menyelamatkan hubungan kamu dari berakhir begitu sahaja.

Lucu kan? Tetapi hakikatnya begitu la lelaki yang bersikap seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian dari kamu. Si dia mahu bermanja dan ingin kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain. Kalau dia merajuk, sesekali cubalah memujuk, kerana lelaki sangat mudah dipujuk oleh kekasih hatinya. Si dia akan terasa kamu menghargai keadaan dirinya yang tak sempurna.

Bila kamu menghadapi masalah, dialah orang pertama yang akan membantu kamu. Tandanya dia tidak ingin melihat kamu dalam kesusahan dan merasakan itu adalah tanggungjawabnya untuk membantu kamu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang hati. Beruntungnya kamu.

Si dia sanggup menitiskan airmatanya demi kamu. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air matanya kerana perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki  sanggup menitiskan air mata untuk kamu? Itu buktinya betapa dia mencintai kamu.

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Adakalanya si dia melakukan kesilapan demi kesilapan dan membuatkan kamu kecil hati. Tapi bila dia sanggup berubah, kamu berilah sokongan dan masa untuk dia berubah. Jangan mencari penggantinya  semata-mata kamu sakit hati dengan sikapnya...dan belum pasti pengganti itu lebih elok sikapnya.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itulah yang melengkapkan antara kamu dan dia. Bila si dia banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu dan cuba mencari pengganti. Kamu tak pernah ke buat kesalahan? Kamu tak pernah sakitkan hati si dia? Dia tidak bersunggut kekurangan dan kesilapan kamu kerana dia sangat mencintai kamu. Dia tak pernah meminta kamu berubah kerana dia menerima kamu seadanya. Jika itu tak cukup buat mu, kamu teramatlah rugi jika melepaskannya.

Bila seseorang lelaki lebih mementingkan diri kamu berbanding keperluan dirinya, itu tandanya dia sangat mencintai kamu lebih dari dirinya sendiri. Hargailah dirinya. Cinta sejati hanya datang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan orang yang menyayangi kamu sepenuh hatinya.
read more “Bila lelaki dah sayang...”

Bila Bajet 2011 Dibentangkan.

Dah 10 hari berlalu sejak post terakhir aku. Bukan sebab aku takdak idea nak tulis, cuma kadang2 tu apa yg aku nak tulis tu mungkin akan membuatkan orang tertentu terasa hati. Hari ni Bajet 2011 dibentangkan dan aku dapat lihat ada banyak perkara yang sangat menyenangkan rakyat. Juga ada kelebihan untuk kakitangan kerajaan. Bagi aku, bonus RM500 tu sangat kecil nilainya. Bukan aku tidak bersyukur, tetapi produktiviti yang diberi tidak setimpal dengan inisiatif yang diberi. Kepada pekerja swasta, jangan fikir RM500 tu besar nilainya kerana produktiviti selama setahun nilainya hanya RM500. Kat sni aku cuma nak berkongsi pendapat aku dan aku tak harap ada yang terasa hati.



Aku bukan seorang yang anti-kerajaan tetapi sebaliknya. Kadang-kadang aku kecewa dengan beberapa dasar kerajaan. Aku tak nak bagi contoh yang jauh. Aku berikan diri aku sendiri sebagai contoh. Aku seorang kakitangan awam yang berpangkat rendah. Jawatan aku memerlukan aku mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kukuh bagi melaksanakan tugas aku. Di sektor swasta, pengalaman dan pengetahuan diberi gaji yang sangat setimpal. Aku nak tanya korang, adakah seseorang yang baru habis SPM boleh terus bekerja tanpa sebarang pengalaman dalam bidang yang memerlukan pengetahuan yang sederhana. Aku seorang lulusan sijil dan diploma dalam bidang Sistem dan Rangkaian Komputer. Belajar bagai nak rak selama 3tahun 6bulan. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang sama selama 3 tahun. Tetapi gaji yang diterima cuma RM800. Aku tak masukkan jumlah elaun kerana nilai elaun itu boleh berubah atau ditarik balik.

Satu lagi kononnya dasar kerajaan berkhidmat untuk rakyat. Kenapa perlu menghantar kakitangan kerajaan jauh daripada keluarga dan tempat tinggal? Kalau masih bujang dan belum berkahwin, masih boleh diterima akal. Bagaimana pula yang sudah berkahwin dan beranak pinak? AKu sendiri terpaksa ikat perut dan terpaksa mencari duit sampingan semata-mata untuk tambah pendapatan kerana terpaksa menampung 2 keluarga dan diri aku sendiri. Kadang-kadang aku terpaksa ketepikan kerja hakiki kerana terlalu letih bekerja sambilan. Tekanan perasaan hidup berjauhan dari isteri menambah rasa down utk melakukan sebarang kerja. Menimbulkan perasaan benci pada kerajaan. Bila melihat pembentangan Bajet 2011, aku tertarik dengan penubuhan Talent Corp yang pada aku kelihatan tetap sama kerana bakat dan pengetahuan dinilai dengan rendah. Ramai yang tahu hakikat ni dan sebab itu ramai pelajar yang belajar didalam dan luar negara lebih senang bekerja di luar negara.

Aku penat diberi janji dan harapan. Sampai bila semua ni. Rasa macam dah nak giveup. Mujur aku masih ada insan tersayang
read more “Bila Bajet 2011 Dibentangkan.”

Bila Tak tahu nak tulis apa



Rasanya ramai yang buntu bila tak tahu nak tulis ape bila berada dihadapan laptop dan mula nak berblogging. Inilah masalah aku sejak menjak ni. pada mulanya aku cuma nak berkongsi perjalanan hidup aku diperantauan orang sambil berkongsi pengalaman serta coretan peribadi dari hati ke hati. Bila aku lihat balik blog aku yang takda niche ni, aku ketawa sendiri sebab betapa bercampur aduknya segala macam tajuk post dan adakalanya post aku ni emo sangat, serius sgt, skema sgt. Patut la ramai yg kata aku ni susah nak dibaca peribadinya.

Tapi aku bukan nak citer pasal diri aku jer skang ni.Pada aku, blog ni lebih kepada diari peribadi aku. Itu lah konsep asal blog ni. Dalam masa yang sama aku juga letakkan beberapa tutorial yang mana akan memudahkan aku mencari utk melaksanakan tugas aku dikemudian hari. Takde la teruk aku nak cari nanti.

Kadang tu kita buntu nak menulis ape dalam blog kita sampaikan termenung berjam2 lamanya depan laptop sambil memikirkan idea utk menulis. Ni antara tips aku bila aku nak berblog. Sentiasa bawa buku nota kecil dan pen setiap masa utk menulis idea yang kadang2 kita ingin berkongsi. Tulis jer dalam bentuk point. So senang korang nak tulis semula ke dalam blog. itu la cara aku.

Bila aku takde idea nak menulis, aku akan pergi jalan-jalan ngan motor buruk aku ambil angin sambil berfikir idea-idea utk dimasukkan dalam blog (bukan blog ni). Kadang-kadang aku melapak berjam-jam dalam bilik air sambil berfikir idea menarik yang kadang datang dari zaman kanak-kanak kita, atau zaman remaja kita. Jangan korang ketawa. Cara korang plak cemana?
read more “Bila Tak tahu nak tulis apa”

Korang Raya Sebulan Ke?

Assalammualaikum kepada semua pembaca.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan rakan blogger yang mengambil berat terhadap blog picisan aku ni. Lama juga aku tak update. Sebenarnya aku tak sempat nak update sebab banyak kerja-kerja yang tertunggak selepas menyambut raya. Maklumlah, seminggu bercuti di kampung. Sewaktu bercuti raya pula aku demam 6 hari juga. Minggu lepas aku beli netbook baru pulak, MSI Wind U130. Beli secondhand jerk sbb niat cuma nak testing Kubuntu Lucid Lynx. Tapi ada masalah pada wireless driver pulak, puas aku ubahsuai module termasuk muat kompilasi dari sumber tapi masih gagal kerana Lucid tak support Ralink RT3090. Aku bru jer download Kubuntu 10.10 (Maverick Meerkat) dan aku sangat berharap wireles module utk Ralink RT3090 dah diupdate.

Aku tau korang mesti bosan dengan bebelan mengarut aku pasal komputer. Sebenarnya apa yang aku nak berkongsi kat sini ialah suasana hari raya di Johor. Mungkin kerana jarak yang agak jauh, jadi budaya menyambut raya di Johor dan Kedah agak berbeza. Kepada orang kedah, semua orang tahu, biasanya suasana raya hilang lepas masuk hari raya yang ke-5 dan seterusnya. Tetapi di Johor, suasana raya semakin terasa dan meriah selepas hari raya yang pertama. Aktiviti kunjung-mengunjung, baraan (Marhaban) dan open house (sudah semestinya).

Boleh dikatakan setiap hari di mana-mana sahaja ada open house atau majlis makan-makan. Paling tidak, sekumpulan marhaban datang dan dijamu makanan oleh tuan rumah. Memang meriah. Kalau di kedah kuih sebalang jer dah cukup. Tapi kalau di Johor, paling sedikit 3 balang diborong utk dibuat stock raya sebulan.

"Hujan Emas di Negeri Orang, Hujang Batu di Negeri Sendiri, Lebih baik di Negeri Sendiri."

Aku nak ambil kesempatan dalam post ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenal dengan diri aku ni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan err...Zahir jerla.

read more “Korang Raya Sebulan Ke?”

Bila Isteri Mengalirkan Air Mata

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang ist...eri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
read more “Bila Isteri Mengalirkan Air Mata”

Bila Stress dan Tekanan Bersatu

Dah lebih setahun aku hidup berjauhan dari isteri tercinta. Tetapi sejak akhir-akhir ni, aku selalu rasa stress dan mudah naik marah, murung dan tak boleh tidur. Boleh dikira dengan sebelah tgn berapa jam aku tidur setiap hari. Adakalanya, aku langsung tak dapat tidur. Biasanya aku tertidur sewaktu 1 jam sebelum waktu ke kerja, 1 jam sewaktu rehat dan 1-2 jam selepas balik dari kerja. Waktu malam aku hampir tidak tidur langsung. Bukan aku tak nak tidur tetapi aku langsung tak emrasa mengantuk. Semua ni dah berlarutan hampir 3 bulan.



Aku sebenarnya kecewa sangat dengan segala harapan segala usaha yang aku buat utk berada bersama isteri tercinta. Sebelum berkahwin, bermacam halangan aku terpaksa tempuh. Kalau aku tak bertekad entah bila baru dapat berkahwin. Selepas berkahwin, aku dihantar jauh, 700KM dari kampung halaman, jauh dari isteri tercinta. Bukan aku merungut, tetapi setahun aku bersabar, menunggu dengan penuh harapan, menanti janji-janji manis. Aku tak mampu nak pandang mata isteri aku, beritahu supaya bersabar. Aku kecewa setiap kali isteri aku mengalir air mata bila saat berpisah di stesen bas.

Aku tau aku tak patut merungut, aku sabar lagi. Menanti sesuatu yang tak pasti. Setiap hari setiap masa setiap saat, aku terpaksa berfikir di mana nak cari duit. Bagaimana nak simpan duit. bagaimana nak buat duit. Aku tebalkan muka, maniskan senyuman mudah mendekati pelanggan. Aku rela buat apa saja asalkan isteri aku tak hidup susah.

Satu-satunya saat aku dapat tidur lena, bila berada dalam pelukan isteri tercinta. Hilang segala masalah. Aku sangat berharap, aku mampu sentiasa berada disisi isteri ku selalu.

Aku dah tiada lagi motivasi diri. Aku putus harapan setiap pagi aku bersiap utk ke tempat kerja. Terasa berat sangat hati ini utk bekerja. Jujur aku kata, aku dah takda rasa semangat utk bekerja. Aku bekerja dengan hati yang kosong. Semata-mata untuk memenuhi tuntutan seorang kuli dan demi sesuap nasi buat isteri dan keluarga. Bukan untuk diri aku.

Ya Allah, bantulah aku hamba mu insan yang lemah.
read more “Bila Stress dan Tekanan Bersatu”

Belajar Bahasa Asing dengan Google Translate Apps



Ingat tak bila waktu dulu kalau kita nak belajar bahasa asing seperti bahasa Perancis, Mandarin, German atau  bahasa Jepun. Kita mesti beli buku dan guru untuk belajar semata-mata untuk lengkapkan diri dengan ilmu bahasa asing atau semata-mata untuk lengkapkan kredit belajar di universiti. Betul tak?


Aku pernah cuba belajar sendiri bahasa mandari dengan dua buah buku English-Mandarin. Sampai sekarang aku masih belum mahir sebab masalah sebutan bahasa Mandarin dengan ejaan tidak sama. Masih perlu panduan dan guru untuk mengajar. Mujur la ada pelajar cina dan guru cina yang membantu aku kalau ada perkataan yang aku tak faham atau sukar untuk disebut.

Dengan aplikasi Google yang telah dinaik taraf iaitu Google Translate, aku bukan sahaja boleh belajar bahasa Mandarin malah aku boleh belajar sebutan bahasa Inggeris yang kadang kala kita tak sebutan yang betul.



Bagi mempelajari bahasa mandarin atau jepun, ada panduan dalam bentuk phonetically dan listen dimana, korang boleh melatih sebutan yang betul. pastikan ada speaker la, kalau tak cemana nak dengar. Selamat Mencuba la yea.

Kepada yang tak tahu kat mana buka Google Translate, Boleh Klik Icon Kat bawah ni.
read more “Belajar Bahasa Asing dengan Google Translate Apps”

Bila Terkenang Zaman Dulu



Kata orang, jangan mengenang kisah lama. Tetapi kalau kenangan yang indah tu, mustahil dapat kita lupakan yea tak. Aku teringat masa zaman kanak2 aku dlu sampai la zaman waktu aku bersekolah. Waktu tu, semuanya aku ambik mudah. Sebab waktu tu aku masih bersikap "take all for granted". Yealah...budak2 kan.

Paling takleh lupa bila bulan puasa. Pergi semayang terawih semata2 kerana mak aku suruh pegi. Masa tu aku bru mula berpindah ke kampung dari bandar. takda kawan rapat lagi. Gitu2 ada la. hahaha budak2 biasala. Lepas tu mula seronok pergi terawih sebab boleh usha "awek comel". Suci betul pemikiran aku waktu tuh. hahaha...antara bonus lepas terawih adalah moreh. Hehehe...kalau lauk sedap sanggup tunggu sampai abis semayang terawih. Kalau lauk tak best, sampai 8 rakaat jer, pastu melilau pegi main bunga api / mercun. hehe pastu patah blik ke masjid sebab nak usha "awek comel". Masa tu aku bru darjah 6 dan berlarutan sampai la aku tingkatan 5.

Bila masuk sekolah menengah, waktu bulan puasa aku disuruh mula belajar silat dgn bekas tok guru ayah aku. Silat pertama aku belajar, silat Minangkabau. aku tau korang ketawa kan? Masa tu, aku tiap-hari berjoging dari rumah ke Gunung Keriang yang jaraknya lebih kurang 6km pergi balik termasuk bulan puasa. hehehe...time tu punya la terpengaruh dgn citer kungfu.

Bila dah masuk tingkatan 3, aku mula gila main CounterStrike. Abis sekolah jer trus pegi main di Cybercafe di bandar sementara menunggu pukul 4ptg utk latihan pancaragam dalam bulan puasa. hehehe

Bila terkenang-kenang semua ni, aku tersenyum sendiri. banyak lagi kenangan yang tak dapat aku kongsi kat sni sbb kalau nak ditulis tu terlalu banyak.  sampai sini ajer la aku dapat tulis sbb kalau tulis panjang korang jenuh nak baca dan aku plak terlebih guna masa kerja utk update blog. hehehe Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.Kalau ada salah dan silap harap mendapat keampunan la yea.
read more “Bila Terkenang Zaman Dulu”

Tazkirah Ramadhan ( Siri 3)



SIRI 3 : KELEBIHAN SAHUR DAN TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”  -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan  diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan.  Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa.  Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur.  Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa. 

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka?  Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur.  Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.  Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

·        Menuruti sunnah;
·        Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
·        Menambah kekuatan untuk beribadat;
·        Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
·        Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
·        Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

        Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar.  Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran. 

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW:  Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


     Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
     Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
   
Selamat bersahur dan wassalam.
read more “Tazkirah Ramadhan ( Siri 3)”

Bila Berbuka di Radix Chicken House

Hari ni berhempas pulas aku cuba mereka Kad Raya, tetapi takda idea yang datang menjelma. Maklum la, aku bukan orang yang creative. Last-last...aku ubahsuai blog aku dan blog sekolah.Itu saja yang aku boleh buat dengan baik walaupun tak secantik para blogger yang lebih hebat.



Tetapi tu bukan yang aku nak cerita untuk hari ni. Gambar kat atas jamuan berbuka puasa yang dirancang dalam masa yang teramat singkat. Oleh sebab nak cover kebuncitan aku lepas berbuka, aku pakai la sweater. kekeke...ada la satu dua gambar candid yang sempat aku ambil. Bagi mengelakkan kawan2 terliur tgk gambar makanan, aku tak letak gambar kami menjamu selera. satgi terbuka plak posa hampa ni.

Baru abis menjamu selera. SYioK..
 Tokey Besar Nak Bayar

Alhamdullilah. tapi masih takleh lawan Daddy.

read more “Bila Berbuka di Radix Chicken House”

Tazkirah Ramadhan ( Siri 2)



SIRI 2 : EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib  ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah  diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

     Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna  bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

     Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

    Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan.  Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: 

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya.  Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut.  Nabi Musa AS berkata:  "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus."  Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat  lagi daripada segala sesuatu."

     Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

     Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan.  Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah".  Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini.  Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

     Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka.  Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

     Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini.  Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

     Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun.  Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma.  Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan.  Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini?  Fikirkan.
   
Selamat beribadat dan wassalam.
read more “Tazkirah Ramadhan ( Siri 2)”

Duit Raya RM500

Masa tgh sibuk wat kerja...tetiba berduyun2 orang sms aku pasal dapat duit raya RM500. Memula aku ingat memain, rupanya betul2.

“Duit raya” RM500 untuk kakitangan awam, pesara
2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.
Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. – BERNAMA
 Best la...pas ni boleh la simpan sikit utk kegunaan nak raya. Lega sangat2...

Antara berita baik lain, aku telefon Jabatan aku. Katanya ada kekosongan di Langkawi. Tetapi tiada pengganti untuk ganti di tempat aku. Jadi aku terpaksa tunggu hingga hujung tahun ni untuk tahu tentang keputusan penuh mesyuarat.

Aku penuh dengan harapan menanti. Harap-harap dugaan selama setahun aku kat perantauan ni berbaloi.
read more “Duit Raya RM500”

Rahsia Hati Seorang Lelaki



Agak lama aku tak menulis. Antara sebabnya aku kecewa dengan kehidupan berjauhan dengan isteri yang tercinta. Bila perasaan aku down, habis semua perkara terbabitkan sama. Memang kata orang kita tak patut babitkan hal personal dan kerja. Tetapi kalau dah setahun macam ni, jiwa sapa yang tak down. Dah la baru kawin, trus dapat keja bapak punya jauh. Kalau setakat penang perak gagah lagi la. Sekali nun, tercampak kat johor. Setiap kali aku teringat benda ni, aku sedih sangat sebab bini aku duk sana dengan family dia. Aku malu kalau ada orang tanya family aku, menantu tak duk sekali ke? Aku Malu! Tapi orang atasan cuma kata, biasa la tu. Bersyukur la. Nasib baik dapat Johor, Kalau dapat Sabah Sarawak? WTF, diorg tak kena boleh la ckp mcm tu. Gaji besar boleh la kata macam tu. Pikir la, gaji kecik nak bagi anak bini makan lagi. Nak bg duit kat mak bapak pun takdak. Malu aku sebagai anak.

Aku Bukan la nak demand, tetapi kena la pikir sama pekerja ni. Aku bekerja sebagai pelaksana. kalau pelaksana down, kerja tak jalan, nama orang atasan juga yang kena. Kalau tak kerana aku fikir bini aku, mak bapak aku, usaha aku nak dapat kerja, dah lama benti kerja. Kalau aku tau orang atasan aku tak berhati perut macam ni, takdak makna aku nak terima kerja ni. Kata pikir tentang rakyat. haprak la. Aku memang langsung takdak mood nak wat kerja satu apa pun. Dengan nak raya lagi, Berpuasa berjauhan dengan isteri. Sedihnya hanya Allah yang tahu.

Janji hanya tinggal janji..

Untuk Insan yang sangat ku Cintai. Abang tujukan khas utk mu.

read more “Rahsia Hati Seorang Lelaki”

Tazkirah Ramadhan ( Siri 1)



Sempena Bulan Ramadhan ni, aku nak berkongsi tazkirah Ramadhan yang aku dapat dari beberapa laman web terpilih. Di samping utk mengingati diri sendiri, aku juga ingin mengingati rakan-rakan lain tentang kebaikan di Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Diambil dari: www.syukor.com
read more “Tazkirah Ramadhan ( Siri 1)”

Bila Ramadhan Menjelma


Assalammualaikum,

Di bulan yang mulia ini, aku nak mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Andai ada yang terasa hati, aku mintak maaf la. Adat la manusia ni, x pernah lari dari berbuat kesalahan sesama manusia. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari diri aku sendiri.

Bila tiba bulan ramadhan, aku tgk bazar ramadhan makin meriah dengan makanan saja. Di mana² ja ada orang berniaga makanan, even di bustop pun ada org jual kuih muih. Antara fenomena makanan yang menjadi-jadi, Ayam Golek.

Aku plak bila menjelang ramadhan ni, berbuka dengan ala kadar ja. Bagi aku, bulan ni la aku bleh berjimat sebab tak perlu byk sangat makan. Sambil tu, aku bleh kurang berat badan aku yang semakin berisi ni. Yang menyedihkan bila aku teringat waktu aku berbuka sorang-sorang. Ades...syahdu giler. Mujur la ada jugak kawan-kawan yang ajak berbuka diluar. Takleh slalu, mampus aku bila ujung bulan nanti.

Tahun ni tahun pertama aku sambut Ramadhan bersama isteri tercinta. Walaupun cuma dapat pulang beberapa hari ja ke kampung, kenangan tuh satu kenangan indah utk aku. Teringat waktu berbuka beramai-ramai bersama keluarga. Indahnya Ramadhan, waktu itu la kita suma berkumpul dan beramah bersama kelauarga. Entah bila la aku dapat bertukar ke Kedah. Terlalu byk birokrasi dan pelebagai kerenah dan halangan. Redha ja la...

Masa cuba nak mengubat hati yang tgh dok lara ni, aku usha video kat youtube, Terjumpa satu video yang sungguh mengejutkan. Seorang budak perempuan berumur 10 tahun menyanyikan lagu Soprano. Aku berkali-kali try nyanyi macam dia sampai serak sora tapi tak jadi jugak. Enjoy!







Korang bleh ke buat??
read more “Bila Ramadhan Menjelma”

Bila Masalah Mencetuskan Idea


Virtual KVM Switch

Aku berasa sangat tiada mood sepanjang minggu ni. Dengan lambakan kerja, tekanan kewangan, kekangan masa dan keletihan travel membuatkan aku mudah marah dan sentiasa berasa nak marah. Tapi dengan tenang aku menggunakan teknik pernafasan berirama utk menenangkan fikiran.

Bertambah tensen bila aku terpaksa menggunakan 2 komputer dalam satu masa. Terpaksa bertukar2 mouse dan keyboard pada kedua-dua screen komputer. Pada masa tu aku terfikir, kalau la bleh share 2 screen computer macam dalam cerita CSI. Hehehe...nothing is imposible!

Aku ada terfikir nak beli KVM Switch (Keyboard, Video Mouse). Tapi harganya boleh mencecah beratus-ratus ringgit. Jadi aku mula cari info tentang virtual KVM switch. Selepas buat sedikit carian kat google dan bereksperimen dengan pelbagai jenis software, aku hanya berminat pada 2 sahaja iaitu Synergy dan Input Director. Sekiranya anda menggunakan operating system yang berbeza, anda boleh menggunakan Synergy kerana ia support Mac OS, Linux dan Windows. Sangat berguna tetapi sukar utk dikonfigurasi oleh pengguna biasa dan ada beberapa "bug".

Sekiranya anda pengguna Windows, saya menyarankan anda menggunakan perisian Input Director. Bukan saja ringan malah sangat mudah dikonfigurasi oleh pengguna biasa. Ia menggunakan konsep master dan slave. Kita mengawal Mouse dan keyboard dari komputer yang telah di setkan sebagai master.

Install

Langkah yang pertama, anda perlu install dlu perisian di download page Input Director. Install pada kedua-dua komputer master dan slave..

Konfigurasi (Slave)
Konfigurasi pada slave agak mudah.
Klik pada ikon Input Director dan akan keluar paparan seperti dibawah. Klik pada tab Slave Configuration. Disini korang bleh setkan ip master yang terpilih, atau setkan hostname master atau korang bleh set any computer to take control. Cara terbaik adalah setkan ip. Sekiranya anda pengguna biasa, pilih Allow any Computer. Siap



Seterusnya aktifkan sistem slave korang pada tab Main dan klik Enable as Slave.


Konfigurasi (Master)
Sekarang kita pergi pada komputer master pulak. Klik ikon Input Director. Klik pada tab Master Configuration.

Untuk Add slave, klik pada Add.


Masukkan hostname atau ip address pada ruangan hostname. Saya sarankan korang gunakan IP address. Kalau nak gunakan hotkey, setkan pada butang Set Hotkey. pas dah siap, klik je ok.



Sekarang kita kembali pada tab Master Configuration. Pada ikon diatas, ada 2 ikon computer iaitu master dan slave. Kalau komputer slave anda berada pada sebelah kiri, klik pada ikon slave dan drag ke sebelah kiri ikon master. Bila dah setel suma, klik pada tab Main.


Klik Enable as Master.

Selamat Mencuba yea.

Untuk Guide yang lebih lengkap bleh rujuk di sini. Guide

Untuk penggunaan yang lebih mendalam, korang bleh rujuk kat Usage




read more “Bila Masalah Mencetuskan Idea”