Malaysia Web Hosting

Sejarah Kedah dan SalaSilah Tun Mahathir

Bulan lepas aku pi menziarah Muzium Galeria Perdana Langkawi. Terbaca tentang Salasilah Tun Mahathir dan sejarah Kedah. Tapi sebab aku datang dengan anak, aku tak dapat baca dgn lebih detail, jadi minggu aku pi sekali lagi sbb asyik duk teringat. Untuk Pengetahuan kawan2, Galeria Perdana tempat Tun M letakkan semua cenderahati serta hadiah yang diterima beliau hatta lukisan dari anak2 kecil sebuah taska pun diletakkan di Galeria Perdana. So its a must to visit this "Anker Place". Not to mention I felt some goosebump during trailing the history while im there alone reading the history of Tun Mahathir

Berbalik kepada kisah Sejarah Kedah dan Tun M kita, aku yakin, tak ramai yang tahu sebenarnya Tun Mahathir kita sebenarnya dari susur galur lagenda Mahsuri. Aku sendiri pun baru tahu lepas melawat Galeria Perdana.


Sekitar tahun 1881, Mohamed Bin Iskandar dilahirkan di Pulau Pinang. Mohamed ialah bapa kepada Tun Dr. Mahathir. Ayahanda Tun M merupakan seorang tokoh masyarakat di Malaysia dan merupakan Pengasas Maktab Sultan Abdul Hamid,Kedah pada 1908 dan merupakan Pengetua yang Pertama di Maktab berkenaan. Nama beliau diabadikan di sebuah sekolah bernama Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar di Alor Setar, Kedah bagi mengenang jasa beliau sebagai pendidik terkemuka di Kedah. Beliau merupakan tokoh pendidikan yang masyur di Kedah sehingga dijemput oleh kerajaan menjadi "Head Master" yang PERTAMA di SAHC yang amat dibanggakan oleh Collegian. Sanggup mengajar anak murid dibawah pokok sebab nak menaikkan bangsa Melayu.

Ibu Mohamed pula seorang anak melayu jati dari Johor manakala ibu Tun Mahathir pula bernama Wan Tempawan Bt Wan Hanafi, merupakan keturunan Anak tunggal Mahsuri bernama Wan Hakim. Wan Tempawan berasal dari Kampong Kulut (Kolot), Bukit Lada Kubor Panjang Kedah. Ibu Tun M,Wan Tempawan berasal dari keturunan Wan Mohamad Saman, Menteri Besar Kedah yg pertama. Terkejut? Aku pun baru tahu. Tapi Tun M tak menggunakan nama Wan kerana ibu beliau berkahwin dgn Mohamed Bin Iskandar yang bukan dari kalangan Wan.

 Nenek Tun M bernama Wan Nek yang turut berasal dari Bukit Lada. Datuk kepada Tun M datang dari India tapi tiada rekod sahih tentang beliau jadi aku tak boleh nak buat ulasan lanjut.

Tun M bukan dari keturunan biasa-biasa, kalau nak tahu lebih banyak pasal Tun M, boleh lawat Galeria Perdana  di Kilim Langkawi.

Saya turut abadikan gelagat si anak licik betol...hehehe






read more “Sejarah Kedah dan SalaSilah Tun Mahathir”