Malaysia Web Hosting

10 Perkara Kalau Lelaki Cakap

Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.

Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel sgt ble mrajok.kihkihkih

Kalau lelaki kata: u keje kat mana? as what?
    Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tinggi pnye. nk jage standard la kate kan.


*punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~

Ref: http://www.facebook.com/notes/zunnur-anwar/10-perkara-kalau-lelaki-cakap/220898687926923
read more “10 Perkara Kalau Lelaki Cakap”

Bila Dah tak Suka

Kadang-kadang banyak perkara aku terpaksa simpan dan tak cerita demi menjaga hati orang dan maruah keluarga. Bila orang dah tak suka akan timbul perasaan berat sebelah. Kadang aku terfikir nak buat blog yang anonymous...supaya aku dapat buat luahan tanpa membuat sapa2 sakit hati...hanya tempat untuk aku membuat luahan hati dan memberi peringatan kepada yang mungkin berbuat salah tanpa disedari dengan identiti aku dirahsiakan.

Ada seorang hamba Allah pernah berkata, luahkan la hati pada yang Maha Esa. Aku ni cuma insan biasa, tak lari dari sentiasa berfikir dan kesal dengan kesilapan kecil menguak satu impak besar. Walaupun aku mengikut nasihat beliau..tapi hati aku tetap tidak tenang bila mengenangkan pandangan serong keluarga, saudara mara dan sahabat. Hanya segelintir tahu kebenaran...tapi tak semua orang tahu betapa sakitnya hati menyimpan kebenaran. Kebenaran memang sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan dan sangat sukar untuk diterima.

Bila orang dah tak suka pada kita, macam kita dikata, dihina, dicaci, difitnah dan yang sewaktu dengannya. Apa la daya aku, aku cuma bleh simpan suma tu dalam hati. Tapi lama-lama? Entah la..
read more “Bila Dah tak Suka”

Bila Menjawab: Genius atau Licik?

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak , Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua tadi terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan Abu, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
 
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak .
Pengetua kelihatan resah de ngan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan di gunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word start s with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word start s with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping ?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata
“Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: kalo korang yang baca nih tadi pikir bukan2, sama laa korang macam Pengetua tu tadi…..

GelakJe Dot Com
read more “Bila Menjawab: Genius atau Licik?”

Bila Dah Mula Rasa Fed UP

Assalammualaikum kawan-kawan semua.

Harap2 baik la hendaknya. Aku minta maaf sebab lama sangat tak update blog. Bukan ape, busy dengan kerja, dengan personal life dan sangat bengkek dengan kerja seharian. Huhuhu...rasa takda life motivation dah. Selepas ni aku akan cuba untuk selalu update cerita dan tips terbaru untuk kawan2 semua.

Dalam blog ni, aku tak bleh nak bercerita tentang hal-hal yang sensitif kerana ada perkara yang lebih baik kalau kita diamkan walaupun perkara tu sangat menyesakkan dada. Mungkin aku akan buka blog baru tanpa merevealkan identiti aku. Mungkin dengan cara itu aku akan lebih telus dalam menyuarakan pandangan dan luahan hati aku.

Terima kasih kepada pelawat lain yang sudi datang ke blog aku. InsyaAllah, aku akan cuba update blog selalu dengan info2 terkini. Macam tak caya page view aku cecah 2k bulan ni..huhu..blog sedih ja pun
read more “Bila Dah Mula Rasa Fed UP”

Bila Bawa Isteri Pergi Shopping

Okeh...tajuk kali ni agak panas skit. Hehe

Sang suami mula pening bila isteri menyuarakan isi hati ingin membeli belah. Antara yang difikirkan adalah budget dan keletihan menemani si isteri.  Biasa lah tu, si isteri pun kena la pandai mengambil hati suami sebelum mengajak pergi shoppings. Ini Sedikit Tips utk isteri dan suami

Tips Untuk si Isteri:
  1. Rancang dahulu tarikh ingin pergi shopping, misalnya seminggu sebelum tarikh keluar gaji. 
  2. Sebelum menyuarakan isi hati, berikan layanan yang terbaik dlu. hehe (shhhhh)
  3. Pujuk suami dan jangan mendesak.
  4. Sentiasa mengucap terima kasih dengan sedikit belaian pada pipi atau bahu (gerenti cair sang suami)
  5. Jangan lupa memberikan senyuman manis.


Tips Untuk Sang Suami:

  1. Elakkan dari menunjukkan muka yang masam ketika isteri ingin pergi bershopping. 
  2. Setelah isteri suarakan hati untuk bershopping, suruh dia senaraikan barang yang ingin dibeli.
  3. Sentiasa lebihkan sedikit budget kerana isteri konfirm akan terlebih beli
  4. Sebelum bergerak untuk shopping, ingatkan isteri supaya tidak berbelanja melebihi had budget (walaupun anda sudah sediakan budget lebihan)
  5. Sebelum shopping, bagi isteri anda makan kenyang2 dahulu. Wanita akan kurang bernafsu utk membeli belah bila dah kenyang. hehehe
  6. Bila si isteri ingin membeli sesuatu luar dari senarai barangan, tanya dahulu sama ada itu adalah barang itu keperluan wajib atau tak.
  7. Sekiranya perbelanjaan dibawah budget, berikan penghargaan kepada isteri dengan hadiah kecil atau apa reward yang akan membuat isteri terasa senang hati.
Itu saja tips simple yang mudah untuk saya, jadi selamat mengaplikasikannya.
read more “Bila Bawa Isteri Pergi Shopping”