Malaysia Web Hosting

Tazkirah Ramadhan ( Siri 3)



SIRI 3 : KELEBIHAN SAHUR DAN TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”  -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan  diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan.  Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa.  Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur.  Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa. 

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka?  Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur.  Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.  Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

·        Menuruti sunnah;
·        Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
·        Menambah kekuatan untuk beribadat;
·        Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
·        Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
·        Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

        Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar.  Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran. 

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW:  Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


     Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
     Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
   
Selamat bersahur dan wassalam.
read more “Tazkirah Ramadhan ( Siri 3)”

Bila Berbuka di Radix Chicken House

Hari ni berhempas pulas aku cuba mereka Kad Raya, tetapi takda idea yang datang menjelma. Maklum la, aku bukan orang yang creative. Last-last...aku ubahsuai blog aku dan blog sekolah.Itu saja yang aku boleh buat dengan baik walaupun tak secantik para blogger yang lebih hebat.



Tetapi tu bukan yang aku nak cerita untuk hari ni. Gambar kat atas jamuan berbuka puasa yang dirancang dalam masa yang teramat singkat. Oleh sebab nak cover kebuncitan aku lepas berbuka, aku pakai la sweater. kekeke...ada la satu dua gambar candid yang sempat aku ambil. Bagi mengelakkan kawan2 terliur tgk gambar makanan, aku tak letak gambar kami menjamu selera. satgi terbuka plak posa hampa ni.

Baru abis menjamu selera. SYioK..
 Tokey Besar Nak Bayar

Alhamdullilah. tapi masih takleh lawan Daddy.

read more “Bila Berbuka di Radix Chicken House”

Tazkirah Ramadhan ( Siri 2)



SIRI 2 : EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib  ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah  diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

     Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna  bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

     Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

    Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan.  Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: 

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya.  Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut.  Nabi Musa AS berkata:  "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus."  Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat  lagi daripada segala sesuatu."

     Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

     Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan.  Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah".  Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini.  Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

     Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka.  Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

     Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini.  Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

     Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun.  Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma.  Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan.  Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini?  Fikirkan.
   
Selamat beribadat dan wassalam.
read more “Tazkirah Ramadhan ( Siri 2)”

Duit Raya RM500

Masa tgh sibuk wat kerja...tetiba berduyun2 orang sms aku pasal dapat duit raya RM500. Memula aku ingat memain, rupanya betul2.

“Duit raya” RM500 untuk kakitangan awam, pesara
2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.
Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. – BERNAMA
 Best la...pas ni boleh la simpan sikit utk kegunaan nak raya. Lega sangat2...

Antara berita baik lain, aku telefon Jabatan aku. Katanya ada kekosongan di Langkawi. Tetapi tiada pengganti untuk ganti di tempat aku. Jadi aku terpaksa tunggu hingga hujung tahun ni untuk tahu tentang keputusan penuh mesyuarat.

Aku penuh dengan harapan menanti. Harap-harap dugaan selama setahun aku kat perantauan ni berbaloi.
read more “Duit Raya RM500”

Rahsia Hati Seorang Lelaki



Agak lama aku tak menulis. Antara sebabnya aku kecewa dengan kehidupan berjauhan dengan isteri yang tercinta. Bila perasaan aku down, habis semua perkara terbabitkan sama. Memang kata orang kita tak patut babitkan hal personal dan kerja. Tetapi kalau dah setahun macam ni, jiwa sapa yang tak down. Dah la baru kawin, trus dapat keja bapak punya jauh. Kalau setakat penang perak gagah lagi la. Sekali nun, tercampak kat johor. Setiap kali aku teringat benda ni, aku sedih sangat sebab bini aku duk sana dengan family dia. Aku malu kalau ada orang tanya family aku, menantu tak duk sekali ke? Aku Malu! Tapi orang atasan cuma kata, biasa la tu. Bersyukur la. Nasib baik dapat Johor, Kalau dapat Sabah Sarawak? WTF, diorg tak kena boleh la ckp mcm tu. Gaji besar boleh la kata macam tu. Pikir la, gaji kecik nak bagi anak bini makan lagi. Nak bg duit kat mak bapak pun takdak. Malu aku sebagai anak.

Aku Bukan la nak demand, tetapi kena la pikir sama pekerja ni. Aku bekerja sebagai pelaksana. kalau pelaksana down, kerja tak jalan, nama orang atasan juga yang kena. Kalau tak kerana aku fikir bini aku, mak bapak aku, usaha aku nak dapat kerja, dah lama benti kerja. Kalau aku tau orang atasan aku tak berhati perut macam ni, takdak makna aku nak terima kerja ni. Kata pikir tentang rakyat. haprak la. Aku memang langsung takdak mood nak wat kerja satu apa pun. Dengan nak raya lagi, Berpuasa berjauhan dengan isteri. Sedihnya hanya Allah yang tahu.

Janji hanya tinggal janji..

Untuk Insan yang sangat ku Cintai. Abang tujukan khas utk mu.

read more “Rahsia Hati Seorang Lelaki”

Tazkirah Ramadhan ( Siri 1)



Sempena Bulan Ramadhan ni, aku nak berkongsi tazkirah Ramadhan yang aku dapat dari beberapa laman web terpilih. Di samping utk mengingati diri sendiri, aku juga ingin mengingati rakan-rakan lain tentang kebaikan di Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Diambil dari: www.syukor.com
read more “Tazkirah Ramadhan ( Siri 1)”

Bila Ramadhan Menjelma


Assalammualaikum,

Di bulan yang mulia ini, aku nak mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Andai ada yang terasa hati, aku mintak maaf la. Adat la manusia ni, x pernah lari dari berbuat kesalahan sesama manusia. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari diri aku sendiri.

Bila tiba bulan ramadhan, aku tgk bazar ramadhan makin meriah dengan makanan saja. Di mana² ja ada orang berniaga makanan, even di bustop pun ada org jual kuih muih. Antara fenomena makanan yang menjadi-jadi, Ayam Golek.

Aku plak bila menjelang ramadhan ni, berbuka dengan ala kadar ja. Bagi aku, bulan ni la aku bleh berjimat sebab tak perlu byk sangat makan. Sambil tu, aku bleh kurang berat badan aku yang semakin berisi ni. Yang menyedihkan bila aku teringat waktu aku berbuka sorang-sorang. Ades...syahdu giler. Mujur la ada jugak kawan-kawan yang ajak berbuka diluar. Takleh slalu, mampus aku bila ujung bulan nanti.

Tahun ni tahun pertama aku sambut Ramadhan bersama isteri tercinta. Walaupun cuma dapat pulang beberapa hari ja ke kampung, kenangan tuh satu kenangan indah utk aku. Teringat waktu berbuka beramai-ramai bersama keluarga. Indahnya Ramadhan, waktu itu la kita suma berkumpul dan beramah bersama kelauarga. Entah bila la aku dapat bertukar ke Kedah. Terlalu byk birokrasi dan pelebagai kerenah dan halangan. Redha ja la...

Masa cuba nak mengubat hati yang tgh dok lara ni, aku usha video kat youtube, Terjumpa satu video yang sungguh mengejutkan. Seorang budak perempuan berumur 10 tahun menyanyikan lagu Soprano. Aku berkali-kali try nyanyi macam dia sampai serak sora tapi tak jadi jugak. Enjoy!







Korang bleh ke buat??
read more “Bila Ramadhan Menjelma”

Bila Masalah Mencetuskan Idea


Virtual KVM Switch

Aku berasa sangat tiada mood sepanjang minggu ni. Dengan lambakan kerja, tekanan kewangan, kekangan masa dan keletihan travel membuatkan aku mudah marah dan sentiasa berasa nak marah. Tapi dengan tenang aku menggunakan teknik pernafasan berirama utk menenangkan fikiran.

Bertambah tensen bila aku terpaksa menggunakan 2 komputer dalam satu masa. Terpaksa bertukar2 mouse dan keyboard pada kedua-dua screen komputer. Pada masa tu aku terfikir, kalau la bleh share 2 screen computer macam dalam cerita CSI. Hehehe...nothing is imposible!

Aku ada terfikir nak beli KVM Switch (Keyboard, Video Mouse). Tapi harganya boleh mencecah beratus-ratus ringgit. Jadi aku mula cari info tentang virtual KVM switch. Selepas buat sedikit carian kat google dan bereksperimen dengan pelbagai jenis software, aku hanya berminat pada 2 sahaja iaitu Synergy dan Input Director. Sekiranya anda menggunakan operating system yang berbeza, anda boleh menggunakan Synergy kerana ia support Mac OS, Linux dan Windows. Sangat berguna tetapi sukar utk dikonfigurasi oleh pengguna biasa dan ada beberapa "bug".

Sekiranya anda pengguna Windows, saya menyarankan anda menggunakan perisian Input Director. Bukan saja ringan malah sangat mudah dikonfigurasi oleh pengguna biasa. Ia menggunakan konsep master dan slave. Kita mengawal Mouse dan keyboard dari komputer yang telah di setkan sebagai master.

Install

Langkah yang pertama, anda perlu install dlu perisian di download page Input Director. Install pada kedua-dua komputer master dan slave..

Konfigurasi (Slave)
Konfigurasi pada slave agak mudah.
Klik pada ikon Input Director dan akan keluar paparan seperti dibawah. Klik pada tab Slave Configuration. Disini korang bleh setkan ip master yang terpilih, atau setkan hostname master atau korang bleh set any computer to take control. Cara terbaik adalah setkan ip. Sekiranya anda pengguna biasa, pilih Allow any Computer. Siap



Seterusnya aktifkan sistem slave korang pada tab Main dan klik Enable as Slave.


Konfigurasi (Master)
Sekarang kita pergi pada komputer master pulak. Klik ikon Input Director. Klik pada tab Master Configuration.

Untuk Add slave, klik pada Add.


Masukkan hostname atau ip address pada ruangan hostname. Saya sarankan korang gunakan IP address. Kalau nak gunakan hotkey, setkan pada butang Set Hotkey. pas dah siap, klik je ok.



Sekarang kita kembali pada tab Master Configuration. Pada ikon diatas, ada 2 ikon computer iaitu master dan slave. Kalau komputer slave anda berada pada sebelah kiri, klik pada ikon slave dan drag ke sebelah kiri ikon master. Bila dah setel suma, klik pada tab Main.


Klik Enable as Master.

Selamat Mencuba yea.

Untuk Guide yang lebih lengkap bleh rujuk di sini. Guide

Untuk penggunaan yang lebih mendalam, korang bleh rujuk kat Usage




read more “Bila Masalah Mencetuskan Idea”