Malaysia Web Hosting

Iron Man 2

Ehem...mungkin ada yang kenai aku, mungkin ada yang tak kenai aku. aku memang suka dgn naruto nih. Ala² ninja gitu. Gaya penulisan dan penceritaannya sangat menarik.

hehehe...ok, kat sni bukan nak citer pasal naruto atau aku tp aku nak citer pasal Iron Man 2 yang dah kuar panggung. Tiket yang aku booking 2 hari lalu. Walaupun, official release pada 30 April 2010 tapi aku dapat tgk pada 8.30mlm, 29 April 2010. Agak teruja jugak la tgk cerita Iron Man 2 ni. Antara Faveret Super Hero zaman kanak² aku.

Seperti biasa, permulaan cerita dia mmg gempak, dengan memulakan intro di Stark Ekspo. Ada scene yang dipotong, walaupun tak puas hati, aku tgk jugak sampai abis. Sut Iron Man 2 lebih kemas dan canggih daripada yang filem sebelumnya. Kali ni, 30minit yang pertama lebih fokus kepada Tony Stark yang mengalami keracunan paladium, sumber kuasa yang menjana alat sokongan jantungnya serta kegilaannya melakukan perkara yang mampu meragut nyawanya. Malah dia turut menyerahkan kuasa penuh syarikat kepada Ms Pepper Pots. Gaya komedi yang bersahaja yang ditonjolkan serta beberapa watak baru seperti Justin Hammer dan Natalie Rushman aka Black Widow serta Nick Fury. Aku tak suka Nick Fury, byk sgt agendanya tersembunyinya.

Watak Happy Hogan dan Ms Pepper Pots, mendatangkan kembali nostalgia Marvel Comics. hehehe...aku mmg suka giler citer dari marvel. Walaupun da sedikit perubhan dari cerita asal, tapi padanan karekter menambat hati sbb hampir sebahagian karekter asal berada dlm filem ni.

Tak ketinggalan, watak supervillain kita, Ivan Vanko aka Whiplash. Skang kita dah tau cemana kewujudan Whiplash. Dan watak paling aku benci dlm filem ni, Senator Stern. Hehehe...plot terakhir cerita ni, sangat melucukan. Tony Stark betul² seorang yang sangat sinikal.

Pendek kata, rugi kalau tak tgk Iron Man 2 ni walaupun hampir 2jam, masa tak terasa panjang. Hopefully korang enjoy menonton Iron Man 2 di pawagam.

**p/s: Mungkin aku akan layan lagi. ehehehe
read more “Iron Man 2”