Malaysia Web Hosting

Kenangan Terindah Bersama Arwah Mama: 1

Tepat jam 4 pagi, pada 13 Julai 2012, aku telah bergelar anak yatim setelah mama yang sangat aku sayangi pergi meninggalkan aku dan keluarga buat selama-lamanya.

Waktu sekolah rendah, waktu aku masih di darjah 1 dan 2, mama yang sentiasa hantar aku dan adik ke sekolah. Tak pernah merungut walaupun sekali. Setiap pagi mama akan kejutkan kami, mama akan siapkan sarapan kami adik beradik, siapkan baju sekolah atas katil dan kasut serta stokin di pintu. Terngiang-ngiang telinga aku dengan pesan mama, belajar rajin-rajin, jaga adik kat sekolah, jangan gaduh dengan adik dan macam2 lagi. Mama sangat gembira bila aku terima anugerah pelajar terbaik dalam matapelajaran (tak ingat dah matapelajaran apa).

Ketika aku darjah 3, aku bertukar sekolah ke  SK Sultan Abdul Halim, mama sangat gembira bila aku berjaya mendapat tempat ke-5 dalam kelas pada tahun tu. Berkali-kali mama cium pipi aku. Pada tahun tu juga arwah Datuk aku meninggal dunia. Kami juga turut berpindah ke kampung kerana abah ingin menemani nenek yang ketika itu tinggal seorang diri dirumah. Selama 8 tahun pelbagai kenangan manis dan pahit kami lalui bersama. Mama sangat tabah dan sangat kuat. Sering menasihati kami adik beradik agar bersabar kerana selama 8tahun, kami hidup dengan cara yang sangat bersederhana. Mama tak pernah sekali pun merungut kesempitan wang kepada kami adik beradik. Setiap kali raya, mama yang paling sibuk menyiapkan masakan dan persiapan raya. Pernah sekali mama tidak menjamah sedikit pun makanan kerana takut saudara mara yang datang tidak cukup makanan.

Sewaktu aku darjah 4 atau 5, kami mengusahakan tanaman tebu. Pakcik hanya menanam benih, tetapi abah, angah, dan aku yang menjaga termasuk menabur baja, memasang pasak buluh, menyiram pokok tebu sehinggalah waktu menuai kami juga yang memetik hasilnya. Tidak ada walau sekupang pun diberikan kepada kami oleh pakcik. Demi mengambil hati aku yang merajuk, mama berikan rm1 (waktu itu rm1 sangat besar nilainya) untuk berbelanja pada petang tu, aku rasa seronok sangat. Mama sangat memahami perasaan aku walaupun aku tidak berkata apa-apa.

Sewaktu aku sekolah menengah, aku ditempatkan di Kolej Sultan Abdul Hamid. Mama masih lagi menghantar aku ke sekolah sehingga aku tingkatan 3. Terlalu banyak kenangan aku bersama mama untuk aku kongsikan.
read more “Kenangan Terindah Bersama Arwah Mama: 1”

Akhirnya dapat jugak bertukar!!!

Assalammualaikum kawan2 dan para pembaca... macam ramai jek yg membaca. hahaha...dah la blog haram tak lawa pun. Okeh okeh...pada yang belum tahu...aku dulu bertugas di Johor, tai sekarang aku telah berpindah ke negeri kelahiran aku yakni kedah. Tapi kat langkawi la. Hahahaha dah dua bulan kat sni...mmg amik masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling dan perbelanjaan. Serius...pakai duit banyak untuk perpindahan. Harap2 dpt la Claim. Addusss...cuaca kat langkawi skrg ni mmg tak menentu...asyik hujan jer. Mmg la hujan tu rahmat...tapi yg menaiki motor kapcai mcm aku nih...hujan tersebut ibarat Hikmah tersembunyi. Rezeki yg belum nampak lagi. Target nak angkat kereta biasa2 ja...sama ada Mitsubishi Lancer atau VW Polo GT. hahahahaha bab mengarut dan berangan mmg serah kat aku la. Pada yg tak tahu....mmg syok datang bercuti kat Langkawi, tapi untuk menetap dlm jangka masa lama, jenis yg suka huha...mmg tak sesuai la duk sni. Mau mati kutu. Aku takpa la...pesen tak suka berdunia dengan orang tak tahawan hala. Slalu duk berdunia ke masjid ja(ececece...ya oooo ja kan)... Tapi mmg kos hidup sni mengalahkan Kuala Lumpur mahupun JB. Bandar pelancongan la katakan. Mau sempot aku tiap2 bulan. Sewa Rumah (Bilik je sebenarnya), dah RM300...blum mkn, tambang feri, duit keta, duit loan, duit itu ini (mcm hg sorang ja tak cukup duit). Hahahaha tp walaupun hidup tak mewah...janji hati senang. tiap minggu dapat la jugak tatap wajah yang tersayang. Takat ni dlu kot....pasni ampa bleh dengaq la aku sembang kedah. hahahaha...harap2 paham la noh. kekekeke
read more “Akhirnya dapat jugak bertukar!!!”

Bila Melayan Drama Bersiri: Chuck Season 5

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada para sehabat sekalian...

Cewah...skemanya ayat...kekeke...

Ramai sangat yang kata blog aku nih bernada sedih. Hahahaha...bukan sedih la...layan feeling sebenarnya. Lagu yang disertakan ni bunyi jer macam sedih tapi sebenarnya lagu ni bersifat Sentimental Klasik yg boleh membuatkan orang terkenang kisah silam atau kisah sedih dan happy. Besarkan kesan yang kita dapat dengan hanya mendengar lagu? Aku pulak sememangnya suka solo instrument music. tak kisah la piano ke, violin ke atau pun gitar sebab ia bersifat universal. Trus masuk dalam hati. Dalam masa yang sama korang boleh karang kata lirik sendiri.

Aiseh....lari tajuk la plak. aku sebenarnya memang tengah sedih dan frust ni. Bukan frust bercinta tapi frust dengan ending cerita drama bersiri Chuck musim ke-5. Aku takde la mengikuti sangat drama-drama ni. tapi sejak aku tinggal sorang kat rumah sewa....tv plak jahanam dengan siaran tv macam *&%^%. Aku pun beralih la kepada TV internet yang juga internetnya macam (*&^Y&**($%^*. Lepas tu aku mula download movie dari Internet. Tapi tak puas hati jugak sbb kurang berkualiti kot. Hahaha cerewetnya aku. Sejak setahun yang lepas aku mula ketagih tengok drama bersiri ni dan yang paling aku suka drama Chuck. Tak pernah terlepas sejak dari Season 3. Hehehe (Baru beli season 1 semlm). Aku frust bila ending ceritanya tak mengikut spesifikasi Happy Ending yang diwar-warkan dalam Sneak Peak Sblum ni.Katanya pulak season tu season Finale. Hadeh...kecewa....baru nak start buat koleksi.

Ada yang boleh tolong aku suggest drama yang best best?
read more “Bila Melayan Drama Bersiri: Chuck Season 5”

Bila Bergaduh Dengan Perempuan

Assalammualaikum kawan2....



Fuh...lama tak menjenguk blog ni. bukan apa rasa mcm takdak mood nak update, dengan sibuk kerja dan sebagainya. Ntah cemana tetiba terdetik nak update blog aku ni. Tetiba datang idea nak update, tu pun lepas bergaduh dengan seorang perempuan kat facebook, i guess he or she was a girl as the gambar tu pon pompuan so i assume it was her la.

The issue was virginity dan dia salah faham bila aku sebut perkataan samdol which i have no idea he was actually she. Standard la..perempuan mmg mudah terasa. Tu la kesalahan pertama aku. Kemudian kesalah kedua aku, aku bercakap menggunakan fakta. Salah aku juga sebab perempuan bercakap menggunakan emosi walaupun dia asyik kata dia menggunakan fakta. Well, we all know the facts. hehehe Tapi tak semua la yea. Maybe yg highly educated tidak la bersikap camni. hehe...semua bergantung kepada diri memasing dan aku tidak bercakap kepada keseluruhan wanita. Peace no War.

Jadi sewaktu bertengkar tu, aku mula sedar yang dia ni sebenarnya perempuan, hahaha Baru nak sedar ke Yop? Yes...mana la aku tau dia pompuan, buh nama laki, ingatkan indon mana. Waktu itu terus aku teringat pesanan tok guru aku, kalau boleh elak bergaduh (bertengkar) dengan perempuan. Tapi kalau dah takleh elak, ada beberapa tips yg boleh digunakan kalau dah terlajak.

  • Pertama sekali, check your facts in the argument. 
  • Try talk nicely and politely.
  • Terangkan pada dia apa maksud kata2 anda sebab perempuan don't always see the fact, they only see abstract.
  • Setiap kali dia cuba mengubah kepada topik yg lain, misalnya, "Awk komen sampai 3x in a row, that mean awk ni yg terasa lebih". Maknanya dia cuba memprovoke korang seorang yg salah di mata orang lain. Haiya...Go back to step 1, 2 and 3.
  • Last but not the least, just simply block her all the way. if in Facebook, Block jer la...

 Okla tu kan, pendek kata jgn gaduh dgn perempuan, walaupun engkau betul skali pun...ko takkan menang di mata dia. Best way is to stone-walling her. Buat2 kool walaupun hati membara. Kalau gamak2 berani, buat la ayat jiwang2 skit "Awk bila marah lagi comel la"...etc...knp? Entah la....tok guru aku kata sebelum ignore, throw some flower instead of water. Pehhh mendalamkan maknanya...so jgn tanya aku pasepa pasepa pasepa...
read more “Bila Bergaduh Dengan Perempuan”