Malaysia Web Hosting

Bila Bajet 2011 Dibentangkan.

Dah 10 hari berlalu sejak post terakhir aku. Bukan sebab aku takdak idea nak tulis, cuma kadang2 tu apa yg aku nak tulis tu mungkin akan membuatkan orang tertentu terasa hati. Hari ni Bajet 2011 dibentangkan dan aku dapat lihat ada banyak perkara yang sangat menyenangkan rakyat. Juga ada kelebihan untuk kakitangan kerajaan. Bagi aku, bonus RM500 tu sangat kecil nilainya. Bukan aku tidak bersyukur, tetapi produktiviti yang diberi tidak setimpal dengan inisiatif yang diberi. Kepada pekerja swasta, jangan fikir RM500 tu besar nilainya kerana produktiviti selama setahun nilainya hanya RM500. Kat sni aku cuma nak berkongsi pendapat aku dan aku tak harap ada yang terasa hati.



Aku bukan seorang yang anti-kerajaan tetapi sebaliknya. Kadang-kadang aku kecewa dengan beberapa dasar kerajaan. Aku tak nak bagi contoh yang jauh. Aku berikan diri aku sendiri sebagai contoh. Aku seorang kakitangan awam yang berpangkat rendah. Jawatan aku memerlukan aku mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kukuh bagi melaksanakan tugas aku. Di sektor swasta, pengalaman dan pengetahuan diberi gaji yang sangat setimpal. Aku nak tanya korang, adakah seseorang yang baru habis SPM boleh terus bekerja tanpa sebarang pengalaman dalam bidang yang memerlukan pengetahuan yang sederhana. Aku seorang lulusan sijil dan diploma dalam bidang Sistem dan Rangkaian Komputer. Belajar bagai nak rak selama 3tahun 6bulan. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang sama selama 3 tahun. Tetapi gaji yang diterima cuma RM800. Aku tak masukkan jumlah elaun kerana nilai elaun itu boleh berubah atau ditarik balik.

Satu lagi kononnya dasar kerajaan berkhidmat untuk rakyat. Kenapa perlu menghantar kakitangan kerajaan jauh daripada keluarga dan tempat tinggal? Kalau masih bujang dan belum berkahwin, masih boleh diterima akal. Bagaimana pula yang sudah berkahwin dan beranak pinak? AKu sendiri terpaksa ikat perut dan terpaksa mencari duit sampingan semata-mata untuk tambah pendapatan kerana terpaksa menampung 2 keluarga dan diri aku sendiri. Kadang-kadang aku terpaksa ketepikan kerja hakiki kerana terlalu letih bekerja sambilan. Tekanan perasaan hidup berjauhan dari isteri menambah rasa down utk melakukan sebarang kerja. Menimbulkan perasaan benci pada kerajaan. Bila melihat pembentangan Bajet 2011, aku tertarik dengan penubuhan Talent Corp yang pada aku kelihatan tetap sama kerana bakat dan pengetahuan dinilai dengan rendah. Ramai yang tahu hakikat ni dan sebab itu ramai pelajar yang belajar didalam dan luar negara lebih senang bekerja di luar negara.

Aku penat diberi janji dan harapan. Sampai bila semua ni. Rasa macam dah nak giveup. Mujur aku masih ada insan tersayang