Malaysia Web Hosting

Bila lelaki dah sayang...

Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan penuh keikhlasan, terserlah perubahan sikap yang ketara. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Lelaki yang mabuk cinta sanggup melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras mana hati lelaki, pasti mengalir air mata bila hatinya dilukai yang tercinta. Janganlah mengambil kesempatan terhadap kelemahan ini.


Bila seorang lelaki bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, dialah yang harus kamu pilih untuk menjadi teman hidupmu. Kerana dia berdamping dengan kamu bukan kerana suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu...

Dia akan sentiasa cuba membuatkan hatimu senang dan terhibur. Bahkan dia turut merasa sedih dan pilu melihat kamu dalam keadaan sedih. Dia akan cuba memujuk kamu walaupun kamu merajuk dan memarahi kamu tanpa sebab. Padanya, sudah menjadi tanggungjawab baginya untuk membuatkan hati yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Itu tandanya dia sangat ikhlas mencintai kamu.

Dia akan sentiasa mengingati kamu dan sentiasa risau akan keselamatan kamu. Sentiasa bimbang akan kehilangan kamu. Sentiasa mengambil berat tentang kamu. Sentiasa berfikir untuk menyelamatkan hubungan kamu dari berakhir begitu sahaja.

Lucu kan? Tetapi hakikatnya begitu la lelaki yang bersikap seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian dari kamu. Si dia mahu bermanja dan ingin kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain. Kalau dia merajuk, sesekali cubalah memujuk, kerana lelaki sangat mudah dipujuk oleh kekasih hatinya. Si dia akan terasa kamu menghargai keadaan dirinya yang tak sempurna.

Bila kamu menghadapi masalah, dialah orang pertama yang akan membantu kamu. Tandanya dia tidak ingin melihat kamu dalam kesusahan dan merasakan itu adalah tanggungjawabnya untuk membantu kamu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang hati. Beruntungnya kamu.

Si dia sanggup menitiskan airmatanya demi kamu. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air matanya kerana perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki  sanggup menitiskan air mata untuk kamu? Itu buktinya betapa dia mencintai kamu.

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Adakalanya si dia melakukan kesilapan demi kesilapan dan membuatkan kamu kecil hati. Tapi bila dia sanggup berubah, kamu berilah sokongan dan masa untuk dia berubah. Jangan mencari penggantinya  semata-mata kamu sakit hati dengan sikapnya...dan belum pasti pengganti itu lebih elok sikapnya.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itulah yang melengkapkan antara kamu dan dia. Bila si dia banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu dan cuba mencari pengganti. Kamu tak pernah ke buat kesalahan? Kamu tak pernah sakitkan hati si dia? Dia tidak bersunggut kekurangan dan kesilapan kamu kerana dia sangat mencintai kamu. Dia tak pernah meminta kamu berubah kerana dia menerima kamu seadanya. Jika itu tak cukup buat mu, kamu teramatlah rugi jika melepaskannya.

Bila seseorang lelaki lebih mementingkan diri kamu berbanding keperluan dirinya, itu tandanya dia sangat mencintai kamu lebih dari dirinya sendiri. Hargailah dirinya. Cinta sejati hanya datang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan orang yang menyayangi kamu sepenuh hatinya.