Malaysia Web Hosting

Bila Stress dan Tekanan Bersatu

Dah lebih setahun aku hidup berjauhan dari isteri tercinta. Tetapi sejak akhir-akhir ni, aku selalu rasa stress dan mudah naik marah, murung dan tak boleh tidur. Boleh dikira dengan sebelah tgn berapa jam aku tidur setiap hari. Adakalanya, aku langsung tak dapat tidur. Biasanya aku tertidur sewaktu 1 jam sebelum waktu ke kerja, 1 jam sewaktu rehat dan 1-2 jam selepas balik dari kerja. Waktu malam aku hampir tidak tidur langsung. Bukan aku tak nak tidur tetapi aku langsung tak emrasa mengantuk. Semua ni dah berlarutan hampir 3 bulan.



Aku sebenarnya kecewa sangat dengan segala harapan segala usaha yang aku buat utk berada bersama isteri tercinta. Sebelum berkahwin, bermacam halangan aku terpaksa tempuh. Kalau aku tak bertekad entah bila baru dapat berkahwin. Selepas berkahwin, aku dihantar jauh, 700KM dari kampung halaman, jauh dari isteri tercinta. Bukan aku merungut, tetapi setahun aku bersabar, menunggu dengan penuh harapan, menanti janji-janji manis. Aku tak mampu nak pandang mata isteri aku, beritahu supaya bersabar. Aku kecewa setiap kali isteri aku mengalir air mata bila saat berpisah di stesen bas.

Aku tau aku tak patut merungut, aku sabar lagi. Menanti sesuatu yang tak pasti. Setiap hari setiap masa setiap saat, aku terpaksa berfikir di mana nak cari duit. Bagaimana nak simpan duit. bagaimana nak buat duit. Aku tebalkan muka, maniskan senyuman mudah mendekati pelanggan. Aku rela buat apa saja asalkan isteri aku tak hidup susah.

Satu-satunya saat aku dapat tidur lena, bila berada dalam pelukan isteri tercinta. Hilang segala masalah. Aku sangat berharap, aku mampu sentiasa berada disisi isteri ku selalu.

Aku dah tiada lagi motivasi diri. Aku putus harapan setiap pagi aku bersiap utk ke tempat kerja. Terasa berat sangat hati ini utk bekerja. Jujur aku kata, aku dah takda rasa semangat utk bekerja. Aku bekerja dengan hati yang kosong. Semata-mata untuk memenuhi tuntutan seorang kuli dan demi sesuap nasi buat isteri dan keluarga. Bukan untuk diri aku.

Ya Allah, bantulah aku hamba mu insan yang lemah.