Malaysia Web Hosting

Soal Jawab PraPerkahwinan


Budaya membaca dalam komuniti kita ni masih rendah. Tapi aku plak jenis suka membaca. Baca komik pun kira membaca juga tau. Hehehehe...dua tiga hari lepas aku ada pinjam sebuah buku dari perpustakaan tapi tak sempat lagi nak baca. Aku tak mampu nak membeli buku mahal2...jadi pinjam ja la. Aku suka sangat buku yang ditulis oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Tp buku yang aku baca ni ada co-writer gak yakni Noralina Omar. Mungkin sebab tajuknya yang melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan, jadi pendapat perempuan diperlukan. Agaknya la kan?


Dari pembacaan aku selama hampir satu jam ( 8.30pg-9.30pg), aku rasa buku ni sangat sesuai utk orang yang masih tercari2 pasangan. Orang yang belum kenal erti cinta. Pendek kata, buku ni sesuai utk golong belum bercinta, sedang bercinta, sedang bertunang dan sudah berkahwin. Kekekeke panjang jugak pendek kata aku ni. Cara penyampaian jugak mudah, setiap isi diberikan soalan kemudian dikupas dalam bentuk yang mudah difahami. Aku kagum dengan beberapa isi yang melibat cinta. Rupa2nya ada byk jenis percintaan yang diklasifikasikan oleh  Steinberg, 1987. Antaranya Liking, Empty, Infactuation dan sbgnya. Kalau nak tahu, kena la beli buku ni. Hehehe..

Selain tu ada juga tips-tips tentang pengurusan kewangan, undang2, hubungan sosial malah ada juga tentang pengetahuan seksual. Hahahaha yang last skali tu mesti ramai yang minat kan? hehehehe

Kalau korang tak mampu nak beli macam aku, korang bleh pegi jer kat perpustakaan awam berdekatan atau perpustakaan desa, cari buku ni. Atau kalau nak mudah lagi beli la satu. Kalau nak cara paling jimat masa dan wang, korang baca ja buku ni secara online. Tapi terhad hingga page 149 sahaja.

Soal Jawab PraPerkahwinan