Malaysia Web Hosting

Sentiasa Bernasib Baik


Sepanjang aku berada di Kluang, aku sentiasa bernasib baik. Walaupun berada jauh diperantauan, bantuan sentiasa datang tanpa diduga diwaktu aku dalam kesusahan. Hari pertama aku melapor diri, aku mendapat rumah sewa berdekatan sekolah dan murah pula tu. Kebetulan guru dari sekolah yang sama dan sangat baik. Aku sering mempunyai nasib yang baik sejak berada dalam alam persekolahan lagi. Walau teruk macam mana skali pun sesuatu perkara tu berlaku, sentiasa ada sesuatu yang baik mendatang.

Ada yang berkata, tidak baik mempercayai nasib baik atau buruk kerana boleh menjejaskan kepercayaan dalam agama kita sendiri. Hari ni nasib baik menyebelahi aku lagi apabila aku nak menjelaskan roadtax motor comey aku. kekeke...biasanya semua urusan roadtax dilakukan di JPJ. tapi hari ni aku mencuba membayar di Pejabat Pos Kluang kerana tidak mengetahui lokasi pejabat JPJ. Waktu nak membayar roadtax tu...aku cuma bawak RM150 ja sbb sangkaan aku paling mahal pun dalam RM140 ja utk 3rd party insuran. Yea aku jelaskan insuran dan roadtax motor di  Pejabat Pos kluang. Mudah kan? kekeke..


Cerita semakin menarik apabila pembantu kaunter beritahu kos roadtax da insurance berharga 200.++ kerana tiada 3rd party. Aku terkjut beruk betul sbb itu saja wang yang aku ada utk perbelanjaan minggu ni. Aku meminta dia memeriksa andai ada lagi akaun 3rd party. Dia beritahu susah nak dapat. Aku dah cuak tapi dia check kan jugak. Punya la lama tunggu...nasib la ada. Mmg lega betul aku sebab dia sendiri beritau mmg sgt sukar hendak dapat akaun 3rd party pada penghujung waktu pejabat. Alhamdullilah, aku cuma perlu membayar RM148.55 saja. Aku betul-betul bersyukur kerana nasib baik aku sentiasa menyebelahi aku. Tidak lupa aku mengucap syukur pada Ilahi kerana membantu hambanya yang dalam kesusahan.

Malam ni aku balik ke Kedah, menaiki bus S&S jam 9mlm. Direct trus ke Alor Setar. Selamat Berjumpa lagi dalam post akan datang. hehehehe...post kali aku guna ayat skema skit.