Malaysia Web Hosting

Pengalaman Menjadi Panduan


Pengalaman bekerja di pelbagai agensi kerajaan dan swasta buat aku lebih dewasa. Lebih matang dalam sesuatu keputusan yang aku nak buat. Pengalaman ketika dalam agensi swasta lebih byk memberi kesan pada cara aku bekerja dan menangani tekanan tekanan di tempat kerja. Tak semua orang mampu handle stress di tempat kerja. Terutama kerja last minute yang memerlukan keputusan segera. Lebih stress bila bekerja berkumpulan. Saat paling menyeksakan setiap kali group meeting, korang akan dihentam, dilaknat, dimaki dan sebagainya. Dimaki dalam bahasa Inggeris. Bukan bahasa longkang punya makian.

Aku lebih mudah dengan cara mendiamkan diri. Lagipun dengan cara mendiamkan diri ni kita lebih byk mendengar dan lebih mudah nak proses apa yg kita dengar. Sambil mendengar bleh fikir balik apa yang kita nak respon.

Aku jugak jenis yang lebih byk berdiam diri daripada bercakap. Bila aku baru kenal seseorang tu, aku akan diam dlu, tgk cemana cara dia, perangai dia, penampilan dia dan cara dia bercakap dengan aku. Kadang-kadang ramai yang tak faham sifat aku yang kurang bersosial. Bukan sebab aku tak nak tapi sebab aku memang tak pandai nak bersosial. Depan baik blakang tikam blakang. Itu la realiti kehidupan bersosial.

Aku pun tak tau napa aku jadi emo sgt. Setakat ni ja la dlu.