Malaysia Web Hosting

Nak Beli Laptop: HP VS DELL

Sejak dua menjak ni aku asyik survey laptop terutama netbook. Netbook ni walaupun mobile dan kecik. tapi rasanya banyak disadvantage la. Contohnya...jadi masalah bila nak format, install software from cd/dvd, tgk movie. hehehe...bagi aku yang agak lasak ni. aku rasa lebih baik aku beli laptop versi 12-13inci. kecik, mobile, dvd drive ada, hdd pun bleh tahan gak la. Grafik power. Paling best Mobile! Fleksibel!

Mungkin korang bleh jadikan ni sebagai panduan untuk memilih laptop/netbook yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kita bukan memilih semata-mata kerana kecanggihan itu sendiri tapi kita pilih mengikut keperluan anda. Canggih tapi tak reeti nak guna atau penggunaan tak dimaksimumkan pun nak watpe ye tak?



Setakat ni aku teringin sangat 2 jenis laptop ni. HP Tablet TX1221AU dan Dell Inspiron 13z. Jadi aku buat la perbandingan skit antara dua lappy kegemaran aku ni.



HP TX1221AU


Secara keseluruhan, aku tgk laptop ni canggih. dari segi penggunaan dan spesifikasi, tahapnya menyamai keperluan seorang designer. Kelebihan laptop ni dari segi fleksibiliti dan Canggih. hehe Paling menarik tentang laptop ni bagi aku cuma pada touch screen function dan boleh dijadikan tablet pc sama macam Ipad.




 






























Ringkasan Spesifikasi
  • 12.1" screen resistive touch scree
  • AMD X2 Dual Core 1.7Ghz Processor
  • Upgraded to 2GB of RAM (Originally 1GB)
  • Upgraded to 320GB of HDD (Originally 160GB)
  • Multi-DVD writter
  • With original Windows Vista
  • Bluetooh 2.0 EDR and WiFi
  • 4 cell battery ( 2 hours Max)
  • Weight: 3.93 KG
  • Price: RM15000.00
  • Status: Used ( Date purchase: August 2007)
Kekurangan laptop ni adalah pada berat dan usage yang telah melebihi 2 tahun. Tapi masih dalam kondisi yang baik. Aku masih rasa ragu-ragu.



Dell Inspiron 13z


Ini laptop idaman aku sebenarnya. aku dalam proses nak kumpulkan duit semata-mata utk dapatkan laptop idaman aku ni. Kenapa aku suka sangat laptop ni? hehehe korang tgk la sendiri spesifikasinya kat bawah ni.

Ringkasan Spesifikasi
  • Operating: Windows 7 Premium 64bit
  • Processor: Intel®  CoreTM  2 Duo SU7300
  • Display: 13.3” HD WLED True-Life (1366x768
  • Memory: 4GB 2 DIMM DDR3 1067 MHz (2 x 2GB)
  • Grafic: NVIDIA® GeForce® G105M - 512MB
  • Hardisc: 320GB (7,200RPM)
  • Optical Drive: Integrated DVD+/-RW
  • Power: 4 @ 6 cell battery ( 4-8 jam standby time)
  • Weight: 1.79kg est.
  • Price: RM2500-RM3500

Ntah bila la bleh dapat pun tak tahu la. Kalau ikutkan hati...nak jer aku beli Dell 13z ni. tapi tak mampu la pulak. nak tak nak terpaksa la kumpul duit. tapi dalam masa yang sama HP tablet ni sangat la menarik dengan sistem touch screen dan tablet PC function. Tapi 2nd hand plak. Pastu berat plak tu sampai 4kg. Haihhhh...poning-poning. Tapi bila dah buat perbandingan camni, bru la aku tau apa yg sesuai utk aku. Pendapat korang plak cemana?