Malaysia Web Hosting

Rahsia Surah Yasin

Pagi ni macam biasa aku bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Hari ni rasa happy sangat napa tah. Mimpi pelik tul mlm td, aku duk main dgn kucing putih. kekeke...putih gebu lak tu. Rasa mcam tanda alamat baik. Tapi itu bukan la perkara yang aku nak kongsi dengan ampa arini. Semlm, aku terbaca tentang kelebihan membaca surah yasin.


Lepas terbaca tentang rahsia surah Yasin ni, aku teringat tentang pengalaman aku yang aku nak kongsi dengan ampa suma sebagai tauladan. Dalam perjalanan pulang menaiki bas dari Alor Setar ke Kluang, bas yang aku naiki tidak berhenti di Kluang, sebaliknya terus ke JB. Aku meminta pemandu bas menurunkan aku di tol Ayer Hitam.Waktu itu jam dah pukul 4pagi. Aku berehat di surau sambil menunggu waktu subuh. Entah mengapa, terdetik kat hati utk membaca terjemahan surah Yasin yang terdapat di surau tu. Setelah aku menghabiskan terjemahan surah Yassin, hilang rasa mengantuk aku. Aku kemudian bangun utk menunaikan solat sunat. Setelah selesai solat sunat, aku sedang berfikir bagaimana utk pulang ke Kluang kerana jarak dari Ayer Hitam hampir 20km. Lepas solat subuh, aku membaca lagi terjemahan surah Yasin. Waktu membaca dengan ralitnya, tetiba seorang brader menegur aku. Setelah berbual sebentar, aku pun bgtau pasal aku hendak ke Kluang tetapi tiada kenderaan dan tidak mahu menyusahkan rakan sekerja menjemput aku. Brader tu offer aku naik lori beliau, kerana menurutnya dia hendak ke Kluang juga. Aku bersyukur sangat masa tu. Beliau menghantar aku hingga ke rumah dan sempat belanja aku sarapan. Alhamdulillah, syukur. Malangnya, aku tak tahu pun apa nama brader tu.


Kalau ampa perasan, ada 4 kelebihan yang aku dah dapat dari membaca surah Yasin.

  1. Aku hilang rasa ngantuk.
  2. Aku diberi kemudahan transpot semasa pening cemana nak blik Kluang.
  3. Aku hilang rasa dahaga dan lapar kerana dibelanja mkn oleh brader tersebut. (Dua kelebihan kat sni)

Subhanalallah...Allah Maha Berkuasa.
Jadi aku fikir, aku patut berkongsi pengetahuan yang memanfaatkan saudara Islam yang lain.

Kelebihan Surah Yasin:

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan,"
Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya
  11. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa lebih membaca surah yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah SAW lagi: "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampukan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya."
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah SAW bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.