Malaysia Web Hosting

Belajar Hidup Berdikari (Life Sucks!!)

Genap 10 bulan aku hidup di perantauan, berjauhan dari keluarga, terutama isteri tercinta. Selama 10 bulan, aku belajar hidup berdikari tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Tapi yang sebenarnya, bila kita hidup berdikari, kita perlu belajar hidup dalam dunia yang sebenar, Belajar bagaimana bercampur gaul dengan orang sekitar kita.

Hidup berdikari, bermakna belajar mengawal cara hidup kita sendiri. belajar mengawal perbelanjaan, merancang setiap perbelanjaan. Belajar menabung. Belajar mengawal diri dari melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Kehidupan yang bebas, boleh menyimpang diri ke aktiviti yang tidak bermoral. Aku bersyukur ada isteri yang memahami dan sangat supportive.

Aku sebenarnya kecewa dengan sistem birokrasi kerajaan kita. aku dah submit semuanya mengikut prosedur, malah telefon dengan konsisten dan bahasa yang sopan. Akhirnya, bila bercakap dengan sesorang di jabatan, baru aku tahu, selama ni, permohonan aku langsung tidak diproses, malah tak pernah sampai ke tangan kementerian. Alasan yang diberikan, tidak diterima, hilang, or MIA (Missing in action). F**k la...aku bukan bodoh la.

Bila rujuk ke JPA, mereka takkan proses permohonan kalau tidak terima dari kementerian, tapi kenapa ada rakan-rakan sekerja sejawatan yang lain dapat bertukar tanpa perlu melalui kementerian. F**k la.

Aku kontek kementerian, katanya tak terima pun permohonan aku, sedangkan aku dah hantar permohonan aku 4 bulan yang lalu. Aku telefon tanya tiap-tiap minggu, katanya dalam proses, tapi bila bercakap dengan Mohd Zaidi, akhirnya aku tau, permohonan aku tak pernah sampai. Hilang atau tiada. F**k la.

Bila aku mula-mula terima kerja ni, aku bekerja dengan bersungguh-sungguh, buat semua kerja dgn ikhlas. Tapi bila dah jadi mcm ni, kerja dah tak ikhlas, aku jadi kecewa sangat, sentiasa teringatkan iseri dan keluarga. Susah hati bila pikiaq, bini aku nanti mengandung n bersalin cemana kalau duk jauh mcm ni. Betul buat aku rasa down sgt.

Aku betul-betul rasa mcm dah jadi kuli kerajaan. Hilang semangat nak bekerja. tolong la...sapa-sapa....aku dah buntu...