Malaysia Web Hosting

Drama Percintaan 3 Segi Adamaya

Fuh...aku seorang yang skeptikal bila sebut pasal drama Melayu. Bukannya aku tak sokong, tapi kualiti drama Melayu bagi aku agak rendah. Tapi, lepasaku tgk drama Adamaya, aku tgk ada beberapa pengajaran yang selama ni selalu kita pandang remeh. Bagi aku, olahan jalan cerita ni agak menarik cuma komedinya tu, agak keterlaluan dan seperti dibuat-buat. Tidak kelihatan original. itu pendapat aku la.Tapi lakonan 3 watak utama, Adam, Maya dan Amani, sangat serasi.


Aku tak nafikan, drama ni agak jiwang, tp its well mix. Aku harap MIG dan pengarahnya dapat elak komedi yang tidak sesuai. Hehehe...aku mmg peminat si Lisa Surihani tu. Aku tersentuh dgn lagu tema Adamaya yang diambil dari Lagu tema Filem I'm not Single.


Kepada para peminat, aku sediakan lirik lagu berserta mp3 download utk menikmati tutur lagunya yang sangat syahdu.


Kau Yang Terindah


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Download MP3: Kau Yang Terindah