Malaysia Web Hosting

Rahsia & Konspirasi

Salam kepada pembaca setia,

Ayat skema sungguh. khokhohkhok...papa pun tima kasih sbb sudi membaca post aku utk hari ni. Hehehe...seminggu aku tak dapat bersentuhan dengan laptop kesayangan aku ni. Maklum lah, busy bayar bil air. Cerita hari ni tentang rahsia dan konspirasi di tempat kerja. Aku pasti semua orang ada rahsia dan konspirasi ditempat kerja masing-masing kan? Tapi macam mana korang handle? Ignore? Buat kerja Sendiri? Join the Club? Play The game? kihkihkih...omputih plak...Aku cuma nak citer pengalaman yang aku sendiri tgk dan alami sendiri. Jelak, meluat dan menyampah aku tgk. Kalau aku cerita, mau berjela korang nak baca. Kalau minat gosip2, gerenti hampa baca sampai abis.




~~~~~

Subjek Pertama:
 

Rahsia

Masa aku memula dtg, dia la orang yang pertama aku kenal. Baik sesgt, lembut gigi dari lidah bak kata org. Tapi ada udang disebalik batu. Setiap perbuatan mengharap balasan. Selalu berpura2 sibuk, sedangkan sibuk buat benda lain. Slalu dtg lmbt, tp bila org len dtg lmbt, suka hati mak bapak dia jer nak tegur2. Diam2 sudey ler. Paling aku tak suka, kuat mengacom kat bos pasal hal org len. Kaki bodek bos...kipas tak berenti. Dalam mata dia, org len mesti ikut cara dia. or else...

Konspirasi

Sama macam rahsia dia, aku tgk dia slalu guna cara politik kotor utk jatuhkan seseorang, tp berita sentiasa sampai kat aku. kekeke...jgn tak tau, semua komputer kat semua tempat aku dah pasang sesuatu utk record pelbagai jenis gosip. Antaranya acara kutuk mengutuk, menyampai khabar angin. Paling best, bila mendengar beliau mengacom pada bos tentang aku. khohkhokhok...



~~~~~

Subjek Kedua:


Rahsia

Ermm..nampak alim, dah berumur tp gatal nak mampus. Hobbynya adalah menonton blue. Pakai lebai saja ja. kekekkeke...tp takpa...rahsia mu tersemat dlm poket ku.

Konspirasi

Disebabkan perangainya yang gatal tuh....dia terpaksa la berlagak alim sbb nak kata dia itu serba berguna. Aku benci tgk dia tersenyum kambing, mesti ada ja niat yg dia nak aku buat utk dia. Konspirasi dia ttg blue tu, aku terpaksa buat dlm rela kerna aku tau, satu hari aku akan perlukan khidmatnya. kekekeke


~~~~~

Subjek Ketiga

Rahsia

Selalu bermuka-muka, kaki pecah tembelang org dan batu api. Cukup kot utk aku sifatkan perangai dia ni. Orang camni aku slalu cuba utk mengelak dari berckp dgn dia. Dari jauh lagi aku nampak...aku masuk jalan lain. wakakaka...depan baik beb...ckp manis mcm gula padang terap. Tp ckp dgn dia kena jaga2...sbb tak reti jaga rahsia.

Konspirasi

Huh...yang ni konspirasi dgn semua subjek. Kuat kipas, kuat kuat bodek. Batu api, sering memperlagakan orang lain utk kepentingan diri sendiri.

itu jelah kot orang yang paling aku benci kattempat ekrja aku. hohohoh kat tempat kerja aku ni ada 90orang staff...so...hehehe jgn ditanya siapa. kalau terasa pedasnya, ambil la. Aku tolong tambahkan. kekeke


~~~~~
Camna aku handle? Aku akan bersikap neutral dan sentiasa berada dalam keadaan yang memberikan aku advantage dari segala segi. Hohohoho...