Malaysia Web Hosting

Sentiasa Bersangka Baik

Kata orang kalau kita sentiasa bersangka baik, kita akan dapat yang baik-baik saja. Buktinya, pengalaman aku semasa berjumpa isteri di Kuala Lumpur. Pengalaman semasa merantau lebih menarik berbanding ketika berada di kampung halaman. Sikap aku yang sentiasa berhati-hati kadang-kala menyushkan diri sendiri kerana aku tidak pandai bercampur gaul dengan orang disekeliling. Susah utk mengenali siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Budi pekerti seseorang bukan boleh dinilai dengan bangsa, rupa, kerjaya mahupun jantina. Hari ini, aku bertemu dengan 2 orang pemandu teksi yang sangat baik hati. Walaupun kita sering dengar tentang pemandu teksi yang tidak baik, tapi ternyata tidak semua orang macam tu. pada aku, mereka ni hanyalah pemandu teksi yang suka sembelih pelanggan. Aku cuba beranikan diri bertanya tambang utk ke Stesen Sentral, dengan penuh sopan, pemandu teksi yang pertama menjawab," Saya tak tengah tunggu pelanggan. kalau encik nak naik teksi, encik naik di stesen teksi bermeter depan Mc'D. Di kawasan ini pemandu teksinya ambil tambang tinggi." Pemandu teksi india beritahu dengan ikhlas. terkedu aku waktu itu. Sedangkan aku bru ja berkata dalam hati, diorg ni mesti nak sembelih aku.

Lepas berjalan kaki ke tempat tersebut, aku bertanya pada pemandu teksi cina plak tambang ke putrajaya kerana aku ingin menaiki ERL di KL Sentral ke Putrajaya. Sebaliknya dia meminta aku menaiki bus kerana tambang teksi adalah Rm60 utk seorang. Kalau 2 orang dah RM120. Sedangkan waktu itu, aku mmg berniat utk naik teksi ja sbb nak cepat. atas nasihat beliau, aku naik bus di depan Mydin Pudu, bus bernombor 68 ke putrajaya. Tak sampai 30 minit, aku dah sampai destinasi aku.

Moral of the story, sentiasa la bersangka baik pada orang. tapi dalam masa yang sama berfikir la dengan bijak, jangan sampai tertipu. Mereka tidak mengambil kesempatan utk mengenakan tambang mahal, sebaliknya memberikan aku panduan memudahkan perjalanan aku. jadi sentiasalah bersangka baik.