Malaysia Web Hosting

Bila Mata Memandang

Semlm bowling tournament antara kumpulan dalam group induksi aku. Hahahaha...aku tak pandai sangat nak main. Asyik masuk longkang ja. Mujur la dapat jugak tempat pertama kedua. Walaupun tak pandai main dapat jugak hadiah nanti. Dalam keseronokan bermain boling, banyak plak cerita2 panas yang keluar. Tapi dalam byk2 cerita, ada satu yg membuatkan aku terasa hati.

Salah seorang rakan induksi bercerita tentang beberapa rakan induksi yang lain yang tidak suka habit aku suka duk pandang orang. Katanya aku memandang dengan perasaan yang tak dapat diorang gambarkan. Tanpa penilaian yang munasabah, diorg trus menilai aku sebgai seorang yang gatal. Aku dah kawin la, dan seingat aku, xda plak aku cakap lucah @ buat perbuatan lucah. Kalau ada pun hanya la kerana membalas usikan dan gurauan diorg. Demi allah, aku langsung tak terniat nak buat diorg rasa mcm tu.

Aku tak nafikan, aku memang suka memerhati orang dan persekitaran aku. Misalnya, aku akan melihat jenis kasut yang dipakai, mix matching pakaian yang dipakai, jenama baju, gaya berjalan, gaya bertudung, bahasa tubuh badan, lirikan mata dan banyak lagi. Aku bukan orang jenis yang pandai bersosial. Aku cuba berinteraksi dengan agresif semata-mata kerana induksi yang memaksa kita semua berkenalan dengan semua orang.

kalau asyik pedulikan apa kata orang, memang tak leh hidup la kita suma.