Malaysia Web Hosting

Bila Bawa Isteri Pergi Shopping

Okeh...tajuk kali ni agak panas skit. Hehe

Sang suami mula pening bila isteri menyuarakan isi hati ingin membeli belah. Antara yang difikirkan adalah budget dan keletihan menemani si isteri.  Biasa lah tu, si isteri pun kena la pandai mengambil hati suami sebelum mengajak pergi shoppings. Ini Sedikit Tips utk isteri dan suami

Tips Untuk si Isteri:
  1. Rancang dahulu tarikh ingin pergi shopping, misalnya seminggu sebelum tarikh keluar gaji. 
  2. Sebelum menyuarakan isi hati, berikan layanan yang terbaik dlu. hehe (shhhhh)
  3. Pujuk suami dan jangan mendesak.
  4. Sentiasa mengucap terima kasih dengan sedikit belaian pada pipi atau bahu (gerenti cair sang suami)
  5. Jangan lupa memberikan senyuman manis.


Tips Untuk Sang Suami:

  1. Elakkan dari menunjukkan muka yang masam ketika isteri ingin pergi bershopping. 
  2. Setelah isteri suarakan hati untuk bershopping, suruh dia senaraikan barang yang ingin dibeli.
  3. Sentiasa lebihkan sedikit budget kerana isteri konfirm akan terlebih beli
  4. Sebelum bergerak untuk shopping, ingatkan isteri supaya tidak berbelanja melebihi had budget (walaupun anda sudah sediakan budget lebihan)
  5. Sebelum shopping, bagi isteri anda makan kenyang2 dahulu. Wanita akan kurang bernafsu utk membeli belah bila dah kenyang. hehehe
  6. Bila si isteri ingin membeli sesuatu luar dari senarai barangan, tanya dahulu sama ada itu adalah barang itu keperluan wajib atau tak.
  7. Sekiranya perbelanjaan dibawah budget, berikan penghargaan kepada isteri dengan hadiah kecil atau apa reward yang akan membuat isteri terasa senang hati.
Itu saja tips simple yang mudah untuk saya, jadi selamat mengaplikasikannya.
read more “Bila Bawa Isteri Pergi Shopping”