Malaysia Web Hosting

Boleh ke Buat Duit dengan Internet?

Dah lama aku tak update blog ni. Bukan pa...busy dengan kerja hakiki dan kemalasan untuk menulis. Lagipun jarang dapat online siang-siang. Bila malam dah takde mood asyik nak tido ja sebab letih. Tapi duit tetap masuk. Tak percaya? Kat bawah ni akaun Google Adsense yang baru aku buat 26 Mei 2010 (sempena besday aku) aritu. Aku buat baru sebab nak test 30 web blogspot yg aku dah set auto-generate content. Webnya harus dirahsiakan utk mengelak dari orang tertentu klik dengan sengaja.




Walaupun tak byk..tapi dalam masa 1 bulan pertama BAMM. USD $ 29.23

 Sekarang kita tengok pulak bulan ke dua iaitu bulan Julai.



 Ada perbezaan dari segi peningkatan klik dan CTR. Dan tak dinafikan ada peningkatan wang juga. Total amount earned in July USD $ 36.92

Nanti aku sambung cerita pasal ebay plak. Kalau takde aral la...dlu aku penah wat bisnes ebay tapi stop sebab masalah supplier dan kekangan masa. Sekarang baru nak mula kembali. Cabaran ebay sekarang lebih susah dari dulu. Tu suma aku akan cerita dalam post yang akan datang.
read more “Boleh ke Buat Duit dengan Internet?”

Berapa hari kita kerja dalam setahun?



Ilham nak menulis ni dah datang semlm tp aku cuma coretkan pada buku comel aku dlu sbb tak dapat nak bersentuhan dengan Blog kesayangan aku ni. Aku terfikir, sebenarnya berapa hari kita kerja dalam setahun. Masa program induksi kerja 3 hari semasa aku bekerja dalam sektor swasta, aku teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang pegawai HR aku.

Firdaus seorang Pegawai Eksekutif ICT telah bekerja keras selama 2 tahun dan sangat dedikasi dalam kerja yang dilakukannya. Suatu hari kekasihnya, merungut dia telah kerja lama tapi tak pernah naik pangkat atau naik gaji. Firdaus baru sedar selama dia bekerja 2tahun, dia tak pernah mendapat kenaikan gaji atau pun pangkat. Malah tak pernah diusulkan untuk naik kenaikan pangkat juga tak pernah.

Setelah berfikir selama beberapa hari, Firdaus pun berjumpa dengan Faiz, HR Manager. Firdaus meluahkan segala persoalan yang terbuku dalam hatinya kepada Faiz. Faiz memandang dengan muka serius kemudian ketawa sambil berkata," Hahahaha...En Firdaus sebenarnya awk belum pun bekerja untuk syarikat ni walau untuk sehari pun."

Terkejut beruk si Firdaus ni mendengarnya. Tanpa menunggu respon, Faiz meneruskan hujahnya:

Faiz: Dalam setahun ada berapa hari?
Firdaus: 365 hari tetapi kadang2 366 hari.

Faiz: Betul tu, sehari ada berapa jam?
Firdaus: 24 jam

Faiz: Berapa jam kamu kerja dalam satu hari?
Firdaus: Mula 8 pagi hingga 5 ptg. Tolak 1 jam waktu rehat. 8 jam

Faiz: Jadi berapa bahagian yang kamu kerja dalam sehari?
Firdaus: ( mula mengira dalam hati:...8/24 jam = 1/3)...1/3

Faiz: Bijak bijak...sekarang berapa hari 1/3 dari 365 hari?
Firdaus: ( mengira dalam hati lagi 1/3 x 365= 122 ) 122 Hari

Faiz: Kamu kerja tak pada hari Sabtu dan Ahad?
Firdaus: Tidak

Faiz: Berapa jumlah hari sabtu dan ahad dalam setahun?
Firdaus: Kira-kira 52 Sabtu dan 52 Ahad = 104 hari.

Faiz: Dari 122 hari tu tolak 104 hari cuti?
Firdaus: Cuma tinggal 18 hari.

Faiz: Saya dah berikan kamu cuti tahunan 12 hari, sekarang masih ada berapa hari?
Firdaus: 6 hari.

Faiz: Pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha kamu kerja?
Firdaus: Tidak Tuan.

Faiz: Jadi masih ada berapa hari?
Firdaus: (mengira dalam hati: Aidilfitri 2 hari dan Aidiladha 2 hari) Masih ada 2 hari tuan.

Faiz: Jadi baki hari tu ditolak dengan cuti Hari Wesak, Hari Pekerja, Hari Maulud, Hari Deepavali, Hari Agong, Sambutan 31 Ogos, Awal Muharam dan Tahun Baru Cina. Tinggal lagi berapa hari?
Firdaus: Err...???...dah takda baki tuan.

Faiz: Sekarang ni apa yang awak nak tuntut tadi?
Firdaus: Saya faham tuan, selama ni saya cuma makan gaji buta dan mencuri duit syarikat tanpa perlu bekerja sedikitpun. Saya minta maaf.

Moral of The Story?

  1. Jangan la cuba berdebat atau minta tolong dengan HR Manager. I been there...believe me.
  2. Muhasabah diri, bersyukur la dengan pekerjaan kita sekarang.
  3. Itu la sebab napa kerja swasta lebih teruk dari keja gomen. 
nota kaki: Baca tak komen sama macam berak tak basuh. hahahaha
    read more “Berapa hari kita kerja dalam setahun?”

    Sentiasa Bernasib Baik


    Sepanjang aku berada di Kluang, aku sentiasa bernasib baik. Walaupun berada jauh diperantauan, bantuan sentiasa datang tanpa diduga diwaktu aku dalam kesusahan. Hari pertama aku melapor diri, aku mendapat rumah sewa berdekatan sekolah dan murah pula tu. Kebetulan guru dari sekolah yang sama dan sangat baik. Aku sering mempunyai nasib yang baik sejak berada dalam alam persekolahan lagi. Walau teruk macam mana skali pun sesuatu perkara tu berlaku, sentiasa ada sesuatu yang baik mendatang.

    Ada yang berkata, tidak baik mempercayai nasib baik atau buruk kerana boleh menjejaskan kepercayaan dalam agama kita sendiri. Hari ni nasib baik menyebelahi aku lagi apabila aku nak menjelaskan roadtax motor comey aku. kekeke...biasanya semua urusan roadtax dilakukan di JPJ. tapi hari ni aku mencuba membayar di Pejabat Pos Kluang kerana tidak mengetahui lokasi pejabat JPJ. Waktu nak membayar roadtax tu...aku cuma bawak RM150 ja sbb sangkaan aku paling mahal pun dalam RM140 ja utk 3rd party insuran. Yea aku jelaskan insuran dan roadtax motor di  Pejabat Pos kluang. Mudah kan? kekeke..


    Cerita semakin menarik apabila pembantu kaunter beritahu kos roadtax da insurance berharga 200.++ kerana tiada 3rd party. Aku terkjut beruk betul sbb itu saja wang yang aku ada utk perbelanjaan minggu ni. Aku meminta dia memeriksa andai ada lagi akaun 3rd party. Dia beritahu susah nak dapat. Aku dah cuak tapi dia check kan jugak. Punya la lama tunggu...nasib la ada. Mmg lega betul aku sebab dia sendiri beritau mmg sgt sukar hendak dapat akaun 3rd party pada penghujung waktu pejabat. Alhamdullilah, aku cuma perlu membayar RM148.55 saja. Aku betul-betul bersyukur kerana nasib baik aku sentiasa menyebelahi aku. Tidak lupa aku mengucap syukur pada Ilahi kerana membantu hambanya yang dalam kesusahan.

    Malam ni aku balik ke Kedah, menaiki bus S&S jam 9mlm. Direct trus ke Alor Setar. Selamat Berjumpa lagi dalam post akan datang. hehehehe...post kali aku guna ayat skema skit.
    read more “Sentiasa Bernasib Baik”

    Nak Beli Laptop: HP VS DELL

    Sejak dua menjak ni aku asyik survey laptop terutama netbook. Netbook ni walaupun mobile dan kecik. tapi rasanya banyak disadvantage la. Contohnya...jadi masalah bila nak format, install software from cd/dvd, tgk movie. hehehe...bagi aku yang agak lasak ni. aku rasa lebih baik aku beli laptop versi 12-13inci. kecik, mobile, dvd drive ada, hdd pun bleh tahan gak la. Grafik power. Paling best Mobile! Fleksibel!

    Mungkin korang bleh jadikan ni sebagai panduan untuk memilih laptop/netbook yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kita bukan memilih semata-mata kerana kecanggihan itu sendiri tapi kita pilih mengikut keperluan anda. Canggih tapi tak reeti nak guna atau penggunaan tak dimaksimumkan pun nak watpe ye tak?



    Setakat ni aku teringin sangat 2 jenis laptop ni. HP Tablet TX1221AU dan Dell Inspiron 13z. Jadi aku buat la perbandingan skit antara dua lappy kegemaran aku ni.



    HP TX1221AU


    Secara keseluruhan, aku tgk laptop ni canggih. dari segi penggunaan dan spesifikasi, tahapnya menyamai keperluan seorang designer. Kelebihan laptop ni dari segi fleksibiliti dan Canggih. hehe Paling menarik tentang laptop ni bagi aku cuma pada touch screen function dan boleh dijadikan tablet pc sama macam Ipad.




     






























    Ringkasan Spesifikasi
    • 12.1" screen resistive touch scree
    • AMD X2 Dual Core 1.7Ghz Processor
    • Upgraded to 2GB of RAM (Originally 1GB)
    • Upgraded to 320GB of HDD (Originally 160GB)
    • Multi-DVD writter
    • With original Windows Vista
    • Bluetooh 2.0 EDR and WiFi
    • 4 cell battery ( 2 hours Max)
    • Weight: 3.93 KG
    • Price: RM15000.00
    • Status: Used ( Date purchase: August 2007)
    Kekurangan laptop ni adalah pada berat dan usage yang telah melebihi 2 tahun. Tapi masih dalam kondisi yang baik. Aku masih rasa ragu-ragu.



    Dell Inspiron 13z


    Ini laptop idaman aku sebenarnya. aku dalam proses nak kumpulkan duit semata-mata utk dapatkan laptop idaman aku ni. Kenapa aku suka sangat laptop ni? hehehe korang tgk la sendiri spesifikasinya kat bawah ni.

    Ringkasan Spesifikasi
    • Operating: Windows 7 Premium 64bit
    • Processor: Intel®  CoreTM  2 Duo SU7300
    • Display: 13.3” HD WLED True-Life (1366x768
    • Memory: 4GB 2 DIMM DDR3 1067 MHz (2 x 2GB)
    • Grafic: NVIDIA® GeForce® G105M - 512MB
    • Hardisc: 320GB (7,200RPM)
    • Optical Drive: Integrated DVD+/-RW
    • Power: 4 @ 6 cell battery ( 4-8 jam standby time)
    • Weight: 1.79kg est.
    • Price: RM2500-RM3500

    Ntah bila la bleh dapat pun tak tahu la. Kalau ikutkan hati...nak jer aku beli Dell 13z ni. tapi tak mampu la pulak. nak tak nak terpaksa la kumpul duit. tapi dalam masa yang sama HP tablet ni sangat la menarik dengan sistem touch screen dan tablet PC function. Tapi 2nd hand plak. Pastu berat plak tu sampai 4kg. Haihhhh...poning-poning. Tapi bila dah buat perbandingan camni, bru la aku tau apa yg sesuai utk aku. Pendapat korang plak cemana?
    read more “Nak Beli Laptop: HP VS DELL”

    Setahun Hidup Berjauhan..

    Tadi aku menonton Imagine That. Lakonan Eddie Murphy, kelakar betul. tapi moral of the story is, never put your family behind your work. Tak kira apa skali pun, keluarga adalah yang pertama. Masa bercinta dlu, tak pernah pun terbayang utk mempunyai keluarga sendiri. Yelah...fikir nak enjoy jer. Maklum la zaman muda remaja lagi. Sesekali bila pandang ke belakang, teringat betapa bodohnya aku masa tu. Hehehe tapi pada zaman tu jugak...duit sentiasa penuh kat poket. Macam2 idea bisnes aku wat. Maklum la...time tu mana ada keja tetap. Masa plak banyak.

    Kalau nak bandingkan dengan sekarang, setiap perbelanjaan perlu dikawal. Kalau tak berusaha, memang tak dapat duit la. Hidup la aku dalam perantauan dengan berjauhan dari isteri tercinta. Kerja tetap pun rupanya duit hanyalah cukup makan ja. Hidup tak seindah yang kita bayangkan. Walaupun hidup dalam keadaan sederhana, aku bahagia dengan isteri tercinta aku.


    Terkenang2 kenangan indah semasa berbulan madu. Kalau takda aral...kami bakal mendapat honeymoon kedua. Dimana? Jeng Jeng Jeng...hahahaha aku pun tak tau lagi. Tapi yang pasti mungkin di Pulau Pinang. hehehehe
    read more “Setahun Hidup Berjauhan..”

    Budi Bahasa Budaya Kita?



    Sejak semalam sampai la hari ni, aku duk pk. Muhasabah diri sendiri. Perangai atau Sikap aku, betul ke membuatkan korang rasa tak senang dengan aku? Lebih dari 50 orang aku tanya tentang apa-apa yang diorg tak berkenan tentang aku atau membuatkan diorg rasa tak senang dengan aku.

    • Suka pandang dengan pandangan tajam.
    • Pendiam dan kurang bercampur
    • Skema: Takda Humor & Tak banyak Cakap

    Itu la yang aku dapat. Bila aku tengak blik, rasanya takda apa2 yang boleh mendatangkan rasa kurang senang pada orang kecuali kat  suka duk pandang orang. Aku ni rabun jauh ler, aku bukan la nampak sgt lau jauh2...tp aku suka duk melamun. Kadang2 tu suka tgk gelagat orang. Suka perhati cara orang tu cakap, penampilan diri diorg, cara berjalan, pemakaian diorg. Macam la korang tak penah pandang orang.

    Ada la sorang mamat ni, senang cerita budak la. Sebab suka nangis kot. Tapi perangai memang macam budak2. Ampa baca sendiri la. Komen aku, aku remove sbb aku pk benda ni lebih buat mudarat. Tu pun atas nasihat orang lain. Tp makin melarat2 plak dia pijak pala aku. Last2 aku wat tak tau ja. Biar dia menyalak sorang2.


    Ramai yang suh aku sabar ja. Suh aku anggap dia tu cuma budak yang baru nak naik. Ignore ja sbb mulut dia mmg mcm p*ki. Alamak...terlepas plak aku cakap. Aku fikir blik, aku kerja kat tempat orang ja. Aku pun nak cari makan. Lega aku rupa-rupanya cuma dia ja yang tak suka aku dan beberapa orang yg sebulu dgn dia. Aku anggap ni suma pengalaman aku masa diperantauan.
    read more “Budi Bahasa Budaya Kita?”

    Spain VS German

    Tah kenapa aku takleh tido plak malam ni. Alang2 dah takleh tido...layan fifa kejap. ala...bukan minat pun saja ja tgk. hehehe sedap tgk bila dah semi final...bru ada kick. Lemau aku tgk Spain menang. Yelah, semua sotong tu punya pasal. hehehe aku rasa kaki betting mesti frust. sbb ramai bertaruh German menang walaupun sotong kata German akan kalah.

    Sebagai seorang muslim, kita tak patut percaya. Semua ni kebetulan ja. Tapi bagi kaki bertaruh judi. Nasib korang ler. Sapa suh wat benda haram. Kan bagus bukak kedai kopi dengan tv 44inci pacak satu. Gerenti ramai yg dtg. hehehe

    Pape pun Spain dah pun menang 1-0. Semua ni kebetulan jer. Aku tetap sokong German walaupun kalah. kihkihkih
    read more “Spain VS German”

    Pengalaman Menjadi Panduan


    Pengalaman bekerja di pelbagai agensi kerajaan dan swasta buat aku lebih dewasa. Lebih matang dalam sesuatu keputusan yang aku nak buat. Pengalaman ketika dalam agensi swasta lebih byk memberi kesan pada cara aku bekerja dan menangani tekanan tekanan di tempat kerja. Tak semua orang mampu handle stress di tempat kerja. Terutama kerja last minute yang memerlukan keputusan segera. Lebih stress bila bekerja berkumpulan. Saat paling menyeksakan setiap kali group meeting, korang akan dihentam, dilaknat, dimaki dan sebagainya. Dimaki dalam bahasa Inggeris. Bukan bahasa longkang punya makian.

    Aku lebih mudah dengan cara mendiamkan diri. Lagipun dengan cara mendiamkan diri ni kita lebih byk mendengar dan lebih mudah nak proses apa yg kita dengar. Sambil mendengar bleh fikir balik apa yang kita nak respon.

    Aku jugak jenis yang lebih byk berdiam diri daripada bercakap. Bila aku baru kenal seseorang tu, aku akan diam dlu, tgk cemana cara dia, perangai dia, penampilan dia dan cara dia bercakap dengan aku. Kadang-kadang ramai yang tak faham sifat aku yang kurang bersosial. Bukan sebab aku tak nak tapi sebab aku memang tak pandai nak bersosial. Depan baik blakang tikam blakang. Itu la realiti kehidupan bersosial.

    Aku pun tak tau napa aku jadi emo sgt. Setakat ni ja la dlu.
    read more “Pengalaman Menjadi Panduan”

    Soal Jawab PraPerkahwinan


    Budaya membaca dalam komuniti kita ni masih rendah. Tapi aku plak jenis suka membaca. Baca komik pun kira membaca juga tau. Hehehehe...dua tiga hari lepas aku ada pinjam sebuah buku dari perpustakaan tapi tak sempat lagi nak baca. Aku tak mampu nak membeli buku mahal2...jadi pinjam ja la. Aku suka sangat buku yang ditulis oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Tp buku yang aku baca ni ada co-writer gak yakni Noralina Omar. Mungkin sebab tajuknya yang melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan, jadi pendapat perempuan diperlukan. Agaknya la kan?


    Dari pembacaan aku selama hampir satu jam ( 8.30pg-9.30pg), aku rasa buku ni sangat sesuai utk orang yang masih tercari2 pasangan. Orang yang belum kenal erti cinta. Pendek kata, buku ni sesuai utk golong belum bercinta, sedang bercinta, sedang bertunang dan sudah berkahwin. Kekekeke panjang jugak pendek kata aku ni. Cara penyampaian jugak mudah, setiap isi diberikan soalan kemudian dikupas dalam bentuk yang mudah difahami. Aku kagum dengan beberapa isi yang melibat cinta. Rupa2nya ada byk jenis percintaan yang diklasifikasikan oleh  Steinberg, 1987. Antaranya Liking, Empty, Infactuation dan sbgnya. Kalau nak tahu, kena la beli buku ni. Hehehe..

    Selain tu ada juga tips-tips tentang pengurusan kewangan, undang2, hubungan sosial malah ada juga tentang pengetahuan seksual. Hahahaha yang last skali tu mesti ramai yang minat kan? hehehehe

    Kalau korang tak mampu nak beli macam aku, korang bleh pegi jer kat perpustakaan awam berdekatan atau perpustakaan desa, cari buku ni. Atau kalau nak mudah lagi beli la satu. Kalau nak cara paling jimat masa dan wang, korang baca ja buku ni secara online. Tapi terhad hingga page 149 sahaja.

    Soal Jawab PraPerkahwinan
    read more “Soal Jawab PraPerkahwinan”

    Bila Berjauhan, Kita Berdikari..



    Agak lama aku tak post kat blog aku nih. Sibuk modify blog dan buat blog utk org lain sampai blog sendiri terabai. Blog aku pun masih dalam proses modifikasi. Hahahaha...pelik plak rasa bila english term bertukar dlm bahasa Melayu. Bila sebut pasal Melayu, aku kadang2 jadi malu sendiri bila anak bangsa Melayu kita huru hara. Mungkin sebab hidup dalam kepungan mak bapak lagi. Semuanya dah tersedia, semuanya tersuap.

    Aku tgk diri aku balik, bila aku berjauhan macam ni, aku bru sedar betapa berdikarinya aku. Huhuhu...bukan la aku tak pernah lalui hidup susah. Tapi hidup tanpa mesin basuh, tanpa peti ais, tiada saudara mara, tiada kemudahan yang lengkap. Aku tak terbayang aku akan hidup macam ni. Dari hidup senang, jatuh gedebuk macam ni. Sedar tak sedar, dah setahun aku hidup mcm ni. Hari ni genap setahun aku bekerja jauh diperantauan. Tapi aku bersyukur, walaupun aku hidup macam ni, masih ada byk hikmah yang berlaku sepanjang aku berada diperantauan.

    Aku paling kagum dengan isteri aku yang kini mampu hidup berdikari. Aku bangga sangat. Kadang2 kita tak perlukan tekanan utk tolak seseorang utk buat sesuatu, cukup dengan sedikit kesusahan. Pengorbanan aku sebagai suami tak sia-sia.
    read more “Bila Berjauhan, Kita Berdikari..”