Malaysia Web Hosting

Sentiasa Bersangka Baik

Kata orang kalau kita sentiasa bersangka baik, kita akan dapat yang baik-baik saja. Buktinya, pengalaman aku semasa berjumpa isteri di Kuala Lumpur. Pengalaman semasa merantau lebih menarik berbanding ketika berada di kampung halaman. Sikap aku yang sentiasa berhati-hati kadang-kala menyushkan diri sendiri kerana aku tidak pandai bercampur gaul dengan orang disekeliling. Susah utk mengenali siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Budi pekerti seseorang bukan boleh dinilai dengan bangsa, rupa, kerjaya mahupun jantina. Hari ini, aku bertemu dengan 2 orang pemandu teksi yang sangat baik hati. Walaupun kita sering dengar tentang pemandu teksi yang tidak baik, tapi ternyata tidak semua orang macam tu. pada aku, mereka ni hanyalah pemandu teksi yang suka sembelih pelanggan. Aku cuba beranikan diri bertanya tambang utk ke Stesen Sentral, dengan penuh sopan, pemandu teksi yang pertama menjawab," Saya tak tengah tunggu pelanggan. kalau encik nak naik teksi, encik naik di stesen teksi bermeter depan Mc'D. Di kawasan ini pemandu teksinya ambil tambang tinggi." Pemandu teksi india beritahu dengan ikhlas. terkedu aku waktu itu. Sedangkan aku bru ja berkata dalam hati, diorg ni mesti nak sembelih aku.

Lepas berjalan kaki ke tempat tersebut, aku bertanya pada pemandu teksi cina plak tambang ke putrajaya kerana aku ingin menaiki ERL di KL Sentral ke Putrajaya. Sebaliknya dia meminta aku menaiki bus kerana tambang teksi adalah Rm60 utk seorang. Kalau 2 orang dah RM120. Sedangkan waktu itu, aku mmg berniat utk naik teksi ja sbb nak cepat. atas nasihat beliau, aku naik bus di depan Mydin Pudu, bus bernombor 68 ke putrajaya. Tak sampai 30 minit, aku dah sampai destinasi aku.

Moral of the story, sentiasa la bersangka baik pada orang. tapi dalam masa yang sama berfikir la dengan bijak, jangan sampai tertipu. Mereka tidak mengambil kesempatan utk mengenakan tambang mahal, sebaliknya memberikan aku panduan memudahkan perjalanan aku. jadi sentiasalah bersangka baik.
read more “Sentiasa Bersangka Baik”

Bila Mata Memandang

Semlm bowling tournament antara kumpulan dalam group induksi aku. Hahahaha...aku tak pandai sangat nak main. Asyik masuk longkang ja. Mujur la dapat jugak tempat pertama kedua. Walaupun tak pandai main dapat jugak hadiah nanti. Dalam keseronokan bermain boling, banyak plak cerita2 panas yang keluar. Tapi dalam byk2 cerita, ada satu yg membuatkan aku terasa hati.

Salah seorang rakan induksi bercerita tentang beberapa rakan induksi yang lain yang tidak suka habit aku suka duk pandang orang. Katanya aku memandang dengan perasaan yang tak dapat diorang gambarkan. Tanpa penilaian yang munasabah, diorg trus menilai aku sebgai seorang yang gatal. Aku dah kawin la, dan seingat aku, xda plak aku cakap lucah @ buat perbuatan lucah. Kalau ada pun hanya la kerana membalas usikan dan gurauan diorg. Demi allah, aku langsung tak terniat nak buat diorg rasa mcm tu.

Aku tak nafikan, aku memang suka memerhati orang dan persekitaran aku. Misalnya, aku akan melihat jenis kasut yang dipakai, mix matching pakaian yang dipakai, jenama baju, gaya berjalan, gaya bertudung, bahasa tubuh badan, lirikan mata dan banyak lagi. Aku bukan orang jenis yang pandai bersosial. Aku cuba berinteraksi dengan agresif semata-mata kerana induksi yang memaksa kita semua berkenalan dengan semua orang.

kalau asyik pedulikan apa kata orang, memang tak leh hidup la kita suma.
read more “Bila Mata Memandang”

Sistem Pemarkahan Induksi

Teruk jugak la induksi aku ni. Pepagi buta dah kena bangun. Ntah apa la tujuannya yek. Tapi anama pun induksi...jadi aku bertindak ja la mengikut arahan. Pagi2 bgn pukul 6 pagi...(walaupun bgn awal...tp 3 org satu bilik, mandi lagi. Perghh...mkn masa jugak la. Tapi aku masih menepati masa. kekekeke...tapi aku citer satu rahsia, ada la skali tu aku tak sempat nak mandi sbb terbangun lambat, takut kena potong markah, sanggup tak mandi. Trus sarung baju n suar n cuci muka. Sembur minyak wangi banyak2. kekekeke...ntah orang perasan ke tak...kekeke...tp sekali tu ja la.

Hari ni jer la aku tak brapa puas hati skit. Hari ni 6 orang peserta terlewat datang utk senaman pagi. Mungkin diorg wat kerja yang tak siap2 sampai kul 3-4 pagi. Sapa tau kan? Sapa suh kasi asemen ngarut2 pastu nak kena siap pada esoknya "by hook or by crook". Aku makin tak puas hati bila beliau membandingkan dengan kumpulan kursus lain yang lebih baik.. Sebagai peserta induksi, walaupun aku tidak tergolong orang yang lewat, tapi sapa yang suka dibanding2 dengan orang lain yea tak. Sungguh tak pandai main psikologi. Jangan la memberi teguran yang boleh membuatkan orang menjadi low-esteem. Sebaliknya jadi la orang yang beri teguran membina dan tak menyinggung perasaan. Aku hormat beliau tetapi, teguran aku cuma sebagai seorang manusia kepada manusia yang lain.

Disebabkan 6 orang yang terlewat, 117 peserta yang lain tidak mendapat markah penuh. WTF la. Kami bukan tentera utk tanggung kesalahan orang lain. Bygkan berada ditempat kami, makin jatuh semangat kami utk meneruskan perjuangan didalam induksi. Tp nasib baik aku bukan jenis mengalah. Kalau nak banding tentang disiplin, ckp la dengan cara yang berhemat. Jangan la kasar sgt bunyinya, peserta ada yang ibu2 mengandung. Tak pikir ke anak2 yg masih dlm kandungan diorg tu.

Aku benci org yang menegur dengan cara menyindir @ menganjing. Bahasa melambangkan budaya. sikap mcm tu, melambangkan anda seorang yang sadistic. Kita bukan cakap dengan budak2...dah dewasa. Cara ajar orang dewasa lain. kalau salah betulkan, bukan maki2.
read more “Sistem Pemarkahan Induksi”

Hari Pertama Induksi

Perghhhh....penat betul hari pertama induksi. Hari ni bermula dengan kelewatan bas yang sepatutnya sampai pukul 1.30ptg tapi tiba pada jam 2.30ptg. Perjalanan yang sepatutnya 90minit menjadi 2jam 30minit.

Ermmm...hari pertama berlalu agak lancar, mencari eknalan baru. Terkejut sebab kena buat pengucapan awam selama 5 minit dalam bahasa Inggeris dengan tajuk, "Keruntuhan nilai moral remaja: Punca dan Penyelesaiannya.

Fuh...acara bermula pukul 6.30pagi. yuhuuu....bermula hari2 yang terseksa. Harap2 aku berjaya melalui 8 hari yang penuh seksa.
read more “Hari Pertama Induksi”

Induksi SSM JPN

Lama juga aku tak sempat nak update blog, gambar yang aku janjikan nak update pun tak sempat nak upload sbb internet mcm h***m j***h punya slow. Opppssss...ter sensored plak. hehehhe...

Makin menjadi-jadi plak kesibukan aku bila aku diwajibkan mengikut program induksi JPN Johor di Hotel Seri Malaysia, JB. Perhhhh....lemau la aku kena dera nanti. kehkehkeh....agaknya, ini la yang dikatakan pengalaman diperantauan orang. makin jauh berjalan, makin luas pandangan. Cewah...bukan main lagi berperibahasa.

Kalau dapat update blog masa dalam program induksi, Insya-Allah, pasti aku update blog kesayangan aku nih. hohohoho..
read more “Induksi SSM JPN”

Pengalaman Mistik Taman Negara Pahang

Salam suma...

yo ho ho...Aku bru ja jejak kaki kat Kluang. Maklum la...pergi bercuti merangkap pergi cari penyakit. kekekeke....Sakit2 badan aku dengna jungle trekking-nya, panjat masuk gua Telinga, rapid shooting. hehehe...Penat! tapi BEST!! aku rekemen sgt kalau korang nak pegi jalan2 bawak family ke sana. Pergi la melancong, Cuti-Cuti Malaysia. hehehe...

Antara pengalaman yang menarik masa kat sana, hohohohoho...aku sendiri pun masih tidak percaya. Pengalaman misteri dan penuh mistik...

Lepas aku naik Bukit Terisek, aku lepak2 amik gambar. pehtu time turun dari bukit, kami suma turun dalam satu barisan. Masa tu aku kat depan dan seorang kawan aku (suhaimi) berjalan kat belakang aku. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan tu, aku pandang blakang, kawan aku masih ada kat belakang. Lepas beberapa minit berjalan, aku pandang lagi tup2 dah takde kat blakang. panik jugak aku masa tu tp aku masih nampak kawan aku tu jauh kat blakang . Sambil tunggu dia aku buh ubat skit kat tangan sbb terpegang duri rotan. Siap ja buh ubat, tau2 tepon aku berbunyik. suhaimi tepon, katanya dia dah tak nampak aku. Aku pun cuba patah balik cari dia, tapi tak jumpa. Aku berjalan dalam 5-10minit bru jumpa orang. Bayangkan masa tu aku sorang2 ja jalan. Cuak jugak aku, tapi takdela rasa takut sgt. Aku bertenang, then aku jalan lagi. Mujur la jumpa dengan group aku bersama seorang tourist guide. Pergh, lega giler aku waktu tu. Tapi kawan aku tu takde dalam group tu. Suhaimi tepon lagi, katanya tak jumpa aku. Nasib baik la dia dah jumpa tourist guide yang lain. Last2 kita org jumpa kat check point jeti.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku berborak dengan pelajar aku. Citer punya citer, rupanya dia duk blakang suhaimi masa trun bukit Terisek. Katanya dia nampak suhaimi belok ke kiri sedangkan waktu itu aku berjalan terus. Mujur diorg berhenti dan tak ikut suhaimi, kalau tak memang naya aku duk sorang2. Persoalannya, siapa orang yang aku nampak masa aku pusing pandang blakang??? Meremang bulu roma aku bila citer ni. Fuh...

Gambar aku akan upload kemudian sebab tak sempat ler. hehehehe...nanti aku citer apa yang best lagi kat sana...jumpa lagi....
read more “Pengalaman Mistik Taman Negara Pahang”

Taman Negara Malaysia

Yeay...aku bersama2 rombongan sekolah melawat ke Taman negara Malaysia di Kuala Tahan, Pahang. Kepada rakan2 yang lain jgn jeles la yea. kihkhihkih...kepada seorang kawan ku itu, aku ucapkan selamat berbulan madu la yea. Sakan hg noh....jalan rata. Takpa2...aku ikut join.

Kalau sempat nanti..aku akan postkan gambar2 dari sana. Sian isteri aku....menggigit jari tak dapat ikut. nak wat camna...ni aktiviti sekolah.

Tak dapat nak tulis byk...dah nak kena gerak ni. Ciao...
read more “Taman Negara Malaysia”

Bila SAJ buat perangai

Pagi ni kepala aku sakit sangat bila bangun tido. Fuh...kat tempat keja pun rasa berpinau2 lagi mata. Nak kata tido lambat, semlm aku tido kul 12 lebih kot. Tu blum campur ketensenan takdak air kat umah.

Dua hari lepas aku kontek jabatan air Johor (SAJ Holdings). Macam biasa la aku kol no 1-800-88-7474 tetapi aku hampa sbb takleh kol no tu sbb no henpon aku bukan dari kawasan johor. Bengkak ja hati aku masa tu, dah la balik keja penat, balik umah air takdak. nak mandi apa pun takleh. Terpaksa la aku menebalkan muka mandi kat rumah member aku, bersama2 dgn housemate. Malam tu jugak aku beli tong 10Gallon utk tadah air.

Semlm, aku cuba lagi kontek SAJ. Kali aku terpaksa mencari no telefon yang lain kat laman web SAJ. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya jumpa gak nombor telefon agensi kluang. Fuh...lain kali taruk la nombor kat belakang bil tu. takde la menyusahkan org. kali ni aku kol dia janji nak dtg ptg. Tapi hampeh, dtg waktu aku masih tgh bekerja.

pagi ni aku tepon dari pukul 8 sampai la skang aku dail...tak dapat. Haram jadah sungguh. Pagi2 lagi dah buat aku maki2.

Rumah aku kat kedah nun...musim kering kontang mcm mana pun, air tetap ada. hangin tul.
read more “Bila SAJ buat perangai”