Malaysia Web Hosting

Rahsia & Konspirasi

Salam kepada pembaca setia,

Ayat skema sungguh. khokhohkhok...papa pun tima kasih sbb sudi membaca post aku utk hari ni. Hehehe...seminggu aku tak dapat bersentuhan dengan laptop kesayangan aku ni. Maklum lah, busy bayar bil air. Cerita hari ni tentang rahsia dan konspirasi di tempat kerja. Aku pasti semua orang ada rahsia dan konspirasi ditempat kerja masing-masing kan? Tapi macam mana korang handle? Ignore? Buat kerja Sendiri? Join the Club? Play The game? kihkihkih...omputih plak...Aku cuma nak citer pengalaman yang aku sendiri tgk dan alami sendiri. Jelak, meluat dan menyampah aku tgk. Kalau aku cerita, mau berjela korang nak baca. Kalau minat gosip2, gerenti hampa baca sampai abis.




~~~~~

Subjek Pertama:
 

Rahsia

Masa aku memula dtg, dia la orang yang pertama aku kenal. Baik sesgt, lembut gigi dari lidah bak kata org. Tapi ada udang disebalik batu. Setiap perbuatan mengharap balasan. Selalu berpura2 sibuk, sedangkan sibuk buat benda lain. Slalu dtg lmbt, tp bila org len dtg lmbt, suka hati mak bapak dia jer nak tegur2. Diam2 sudey ler. Paling aku tak suka, kuat mengacom kat bos pasal hal org len. Kaki bodek bos...kipas tak berenti. Dalam mata dia, org len mesti ikut cara dia. or else...

Konspirasi

Sama macam rahsia dia, aku tgk dia slalu guna cara politik kotor utk jatuhkan seseorang, tp berita sentiasa sampai kat aku. kekeke...jgn tak tau, semua komputer kat semua tempat aku dah pasang sesuatu utk record pelbagai jenis gosip. Antaranya acara kutuk mengutuk, menyampai khabar angin. Paling best, bila mendengar beliau mengacom pada bos tentang aku. khohkhokhok...



~~~~~

Subjek Kedua:


Rahsia

Ermm..nampak alim, dah berumur tp gatal nak mampus. Hobbynya adalah menonton blue. Pakai lebai saja ja. kekekkeke...tp takpa...rahsia mu tersemat dlm poket ku.

Konspirasi

Disebabkan perangainya yang gatal tuh....dia terpaksa la berlagak alim sbb nak kata dia itu serba berguna. Aku benci tgk dia tersenyum kambing, mesti ada ja niat yg dia nak aku buat utk dia. Konspirasi dia ttg blue tu, aku terpaksa buat dlm rela kerna aku tau, satu hari aku akan perlukan khidmatnya. kekekeke


~~~~~

Subjek Ketiga

Rahsia

Selalu bermuka-muka, kaki pecah tembelang org dan batu api. Cukup kot utk aku sifatkan perangai dia ni. Orang camni aku slalu cuba utk mengelak dari berckp dgn dia. Dari jauh lagi aku nampak...aku masuk jalan lain. wakakaka...depan baik beb...ckp manis mcm gula padang terap. Tp ckp dgn dia kena jaga2...sbb tak reti jaga rahsia.

Konspirasi

Huh...yang ni konspirasi dgn semua subjek. Kuat kipas, kuat kuat bodek. Batu api, sering memperlagakan orang lain utk kepentingan diri sendiri.

itu jelah kot orang yang paling aku benci kattempat ekrja aku. hohohoh kat tempat kerja aku ni ada 90orang staff...so...hehehe jgn ditanya siapa. kalau terasa pedasnya, ambil la. Aku tolong tambahkan. kekeke


~~~~~
Camna aku handle? Aku akan bersikap neutral dan sentiasa berada dalam keadaan yang memberikan aku advantage dari segala segi. Hohohoho...
read more “Rahsia & Konspirasi”

Ciri-ciri Orang yang mencintai kamu

Ada ramai teman dan orang yang cuba mengambil hati kamu, tapi brapa ramai yang benar-benar mencintai kamu? Adakah kamu sedar?

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…
read more “Ciri-ciri Orang yang mencintai kamu”

Sindrom Insomnia dan Murung

Sejak akhir2 ni, aku selalu tidur lewat. Kadang2 pukul 4-5 pagi baru aku dapat tidur. Aku cuba berhenti minum kopi dan sumber kafein yang lain tp nampaknya, masalah tidur aku makin teruk. Hampir sebulan aku menghadapai masalah sakit belakang terutama di bahgian pinggul dan belakang. Sakit leher dan lenguh2 pada bahagian bahu. Doktor cuma bagitahu aku stress. Aku cuba mengambil ubat jenama Rilax, tapi kesannya hanya sementara. Hanya bua aku rasa tenang tp tak buat aku rasa mengantuk.


Aku rasa sangat runsing tentang proses pertukaran aku yang mengambil masa yang sangat lama. Setiap kali aku telefon, alasan yang sama diberikan,"Permohonan Encik masih dalam proses". Aku melalui proses yang betul dan tidak menggunakan jalan tengah. Tapi aku sangat hampa dengan proses birokrasi kerajaan. Adakah salah kerajaan atau salah mereka yang uruskannya? Kenapa ada yang mohon pertukaran dan lulus dalam seminggu. Permohonan aku pula mengambil masa 4 bulan. Bullshit...I know all the gov standard issues, but this is too much for me to handle. Who should i blame? The gov or the gov servant which who obviously making me talk like maniac.


Terus terang, aku rasa sangat fedap dan emosi aku jadi kurang stabil. Mudah naik marah, menjadi sangat pendendam, cursing all the time (just in my mind) and etc. Aku bekerja dengan perasaan yang huru hara. Teringat keluarga di kampung halaman, terbayang wajah insan tersayang, rindu suasana di rumah. Setiap kali terbayang semua tu, aku jadi sedih, emotional, mudah meradang dan sangat2 murung.


Waktu tidur aku terganggu dengan 3-4 jam waktu berehat. Adakala aku tertidur di hadapan komputer. Kalau aku tertidur waktu tgh menggunakan peralatan pemotong atau tgh memandu, 100% severe damage for me.


Aku sendiri tak tahu apa nak buat. Kawan-kawan...tolong la aku. Apa patut aku buat? Help me out of these mess. I'm totally lost.
read more “Sindrom Insomnia dan Murung”

Drama Percintaan 3 Segi Adamaya

Fuh...aku seorang yang skeptikal bila sebut pasal drama Melayu. Bukannya aku tak sokong, tapi kualiti drama Melayu bagi aku agak rendah. Tapi, lepasaku tgk drama Adamaya, aku tgk ada beberapa pengajaran yang selama ni selalu kita pandang remeh. Bagi aku, olahan jalan cerita ni agak menarik cuma komedinya tu, agak keterlaluan dan seperti dibuat-buat. Tidak kelihatan original. itu pendapat aku la.Tapi lakonan 3 watak utama, Adam, Maya dan Amani, sangat serasi.


Aku tak nafikan, drama ni agak jiwang, tp its well mix. Aku harap MIG dan pengarahnya dapat elak komedi yang tidak sesuai. Hehehe...aku mmg peminat si Lisa Surihani tu. Aku tersentuh dgn lagu tema Adamaya yang diambil dari Lagu tema Filem I'm not Single.


Kepada para peminat, aku sediakan lirik lagu berserta mp3 download utk menikmati tutur lagunya yang sangat syahdu.


Kau Yang Terindah


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Download MP3: Kau Yang Terindah
read more “Drama Percintaan 3 Segi Adamaya”

Di mana Engkau Duit?

Hampir seminggu aku tak dapat nak update blog ni. Sibuk sikit sbb nak cari duit lebih. kekeke...aku buat servis repair laptop/komputer. Harga yang aku amik antara Rm20-Rm70. Kadang2 tu aku dapat lebih dari yang patut. Nak harapkan gaji, setakat Rm1200 jer sebulan, mana nak cukup. Aku jugak buat servis bikin website/blog. Affiliate marketing agak slow, sbb tenet mcm haram ja, semua menatang nak sekat. Boleh jadi bebai aku.

Income yang masyuk sekarang, servis repair/format, website/blog development, adsense, infolink dan amazon assosiates.

hehehe...hari ni income aku yang terbaik dari adsense


Kita memang boleh buat duit dari internet..ehehe
read more “Di mana Engkau Duit?”

Rahsia Surah Yasin

Pagi ni macam biasa aku bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Hari ni rasa happy sangat napa tah. Mimpi pelik tul mlm td, aku duk main dgn kucing putih. kekeke...putih gebu lak tu. Rasa mcam tanda alamat baik. Tapi itu bukan la perkara yang aku nak kongsi dengan ampa arini. Semlm, aku terbaca tentang kelebihan membaca surah yasin.


Lepas terbaca tentang rahsia surah Yasin ni, aku teringat tentang pengalaman aku yang aku nak kongsi dengan ampa suma sebagai tauladan. Dalam perjalanan pulang menaiki bas dari Alor Setar ke Kluang, bas yang aku naiki tidak berhenti di Kluang, sebaliknya terus ke JB. Aku meminta pemandu bas menurunkan aku di tol Ayer Hitam.Waktu itu jam dah pukul 4pagi. Aku berehat di surau sambil menunggu waktu subuh. Entah mengapa, terdetik kat hati utk membaca terjemahan surah Yasin yang terdapat di surau tu. Setelah aku menghabiskan terjemahan surah Yassin, hilang rasa mengantuk aku. Aku kemudian bangun utk menunaikan solat sunat. Setelah selesai solat sunat, aku sedang berfikir bagaimana utk pulang ke Kluang kerana jarak dari Ayer Hitam hampir 20km. Lepas solat subuh, aku membaca lagi terjemahan surah Yasin. Waktu membaca dengan ralitnya, tetiba seorang brader menegur aku. Setelah berbual sebentar, aku pun bgtau pasal aku hendak ke Kluang tetapi tiada kenderaan dan tidak mahu menyusahkan rakan sekerja menjemput aku. Brader tu offer aku naik lori beliau, kerana menurutnya dia hendak ke Kluang juga. Aku bersyukur sangat masa tu. Beliau menghantar aku hingga ke rumah dan sempat belanja aku sarapan. Alhamdulillah, syukur. Malangnya, aku tak tahu pun apa nama brader tu.


Kalau ampa perasan, ada 4 kelebihan yang aku dah dapat dari membaca surah Yasin.

  1. Aku hilang rasa ngantuk.
  2. Aku diberi kemudahan transpot semasa pening cemana nak blik Kluang.
  3. Aku hilang rasa dahaga dan lapar kerana dibelanja mkn oleh brader tersebut. (Dua kelebihan kat sni)

Subhanalallah...Allah Maha Berkuasa.
Jadi aku fikir, aku patut berkongsi pengetahuan yang memanfaatkan saudara Islam yang lain.

Kelebihan Surah Yasin:

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan,"
Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya
  11. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa lebih membaca surah yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah SAW lagi: "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampukan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya."
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah SAW bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
read more “Rahsia Surah Yasin”

Aktiviti Setiap Pagi

Kalau dlu, aktiviti pagi-pagi aku adalah pegi ngeteh dlu la. kekekeke Tu acara wajib, tak kira waktu aku kerja swasta atau gomen. Aku brani kerat jari kuku la kalau takda yang wat camtu. Kecuali yg mmg jenis ikut buku. Itu mungkin sebelum tahun 2006-2007. Masa Facebook blum famous. Napa la aku asyik citer pasal Facebook jer. kekeke...meh sni aku nak khabor, pagi ni bila aku mengendap menggunakan "TightVNC", semua orang ok, bukan hampir semua. Semua orang bukak facebook masing-masing. Ada yang update comment, ada yang tgh menulis dekat wall, ada yang tgh mencari kawan lama dan yang pasti ada yang tgh chatting. Sarapan dah tak pandang wehh.

Aktiviti setiap pagi aku sebelum buat apa-apa kerja, mengeliat dlu. Pastu check email utk sebarang incoming business prospect, baca blog orang lain, tulis blog sendiri. hehehe Facebook? Tipu la kalau aku tak bukak. Aku dalam proses utk mula kembali business online yang dah agak lama aku tinggalkan. Penat tau nak promote dan membina nama balik.


Produk yang fizikal yang tgh aku promote:


Nashwa Collection
Stalion CNI

Bagi aku, facebook adalah sumber rezeki aku. Apa yang perlu aku buat adalah add friends dan promote pada setiap kawan baru sahaja. Hasilnya? Berbaloi la...yang penting berusaha.


Layan MP3 Album New Morning: USD 0.99 jer

read more “Aktiviti Setiap Pagi”

Mengenang Nostalgia dengan Facebook

Acara setiap pagi sebelum memula kerja di tempat kerja adalah, Facebook. Kekekeke...sarapan pun kadang2 aku tak sempat ambik sbb nak bukak facebook. Hahahaha...bagaikan satu addiction lak. Adus...korup tul sistem kita la ni. Tahu tak facebook founder ni sebenarnya seorang Yahudi, tp ingat, idea facebook ni sebenarnya dicuri daripada Aaron J. Greenspan, seorang pelajar dari Harvard. Korang bleh baca lebih banyak info tentang lawsuit ni kat sni. Facebook LawSuit







Ok..ok...dah lari tajuk dah ni. Hahahaha...takpe...sambil menyelam, kita minum air ye tak? Aku sebenarnya mencari-cari kawan-kawan lama, dari zaman sekolah rendah hingga zaman diploma. Aku tak nafikan, facebook mmg melekakan. hehehe boleh membuat kita terkenang zaman nostalgia lama. hehehe...mungkin kisah cinta monyet? ataupun zaman kartun; Jetman, Flashman etc. hehehe


Tapi bagi aku, selain aku gunakan facebook utk bersembang, sebenarnya, aku lebih tumpukan facebook utk Business. Ehem...byk gak produk yang aku buat, antaranya Produk Stalion CNI, Tudung Nashwa, Gadget, service repair pc n laptop dan buat blog/website. Kalau rajin, buat design logo baju atau banner. hehehe selagi termampu dan ada kemahiran dlm bidang tersebut, aku buat jugak demi mencari rezeki halal.

Antara koleksi ebook dan buku yang aku miliki. Korang boleh beli melalui amazon. bagi versi ebook, korang boleh beli melalui aku. Sila tinggalkan email di comment kalau berminat.


Ebook:

Facebook: The Missing Manual 2nd (Realease date: 9April 2010) RM20.00

Facebook Marketing For Dummies RM25.00

Facebook: The Missing ManualFacebook: The Missing ManualFacebook Marketing For DummiesFacebook Marketing: Leverage Social Media to Grow Your BusinessFacebook Me! A Guide to Having Fun with Your Friends and Promoting Your Projects on Facebook 
read more “Mengenang Nostalgia dengan Facebook”

Belajar Hidup Berdikari (Life Sucks!!)

Genap 10 bulan aku hidup di perantauan, berjauhan dari keluarga, terutama isteri tercinta. Selama 10 bulan, aku belajar hidup berdikari tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Tapi yang sebenarnya, bila kita hidup berdikari, kita perlu belajar hidup dalam dunia yang sebenar, Belajar bagaimana bercampur gaul dengan orang sekitar kita.

Hidup berdikari, bermakna belajar mengawal cara hidup kita sendiri. belajar mengawal perbelanjaan, merancang setiap perbelanjaan. Belajar menabung. Belajar mengawal diri dari melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Kehidupan yang bebas, boleh menyimpang diri ke aktiviti yang tidak bermoral. Aku bersyukur ada isteri yang memahami dan sangat supportive.

Aku sebenarnya kecewa dengan sistem birokrasi kerajaan kita. aku dah submit semuanya mengikut prosedur, malah telefon dengan konsisten dan bahasa yang sopan. Akhirnya, bila bercakap dengan sesorang di jabatan, baru aku tahu, selama ni, permohonan aku langsung tidak diproses, malah tak pernah sampai ke tangan kementerian. Alasan yang diberikan, tidak diterima, hilang, or MIA (Missing in action). F**k la...aku bukan bodoh la.

Bila rujuk ke JPA, mereka takkan proses permohonan kalau tidak terima dari kementerian, tapi kenapa ada rakan-rakan sekerja sejawatan yang lain dapat bertukar tanpa perlu melalui kementerian. F**k la.

Aku kontek kementerian, katanya tak terima pun permohonan aku, sedangkan aku dah hantar permohonan aku 4 bulan yang lalu. Aku telefon tanya tiap-tiap minggu, katanya dalam proses, tapi bila bercakap dengan Mohd Zaidi, akhirnya aku tau, permohonan aku tak pernah sampai. Hilang atau tiada. F**k la.

Bila aku mula-mula terima kerja ni, aku bekerja dengan bersungguh-sungguh, buat semua kerja dgn ikhlas. Tapi bila dah jadi mcm ni, kerja dah tak ikhlas, aku jadi kecewa sangat, sentiasa teringatkan iseri dan keluarga. Susah hati bila pikiaq, bini aku nanti mengandung n bersalin cemana kalau duk jauh mcm ni. Betul buat aku rasa down sgt.

Aku betul-betul rasa mcm dah jadi kuli kerajaan. Hilang semangat nak bekerja. tolong la...sapa-sapa....aku dah buntu...

read more “Belajar Hidup Berdikari (Life Sucks!!)”